<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7266948855823103434?origin\x3dhttp://coretandarlin.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Thursday, September 30, 2010 Y 11:09 PM


orang dah lama tengok cite ni, ntah2 ada yang dah berulang kali tengok, aku baru je terhegeh2 nak tengok.. sedangkan minat giler dengan cerita twilight ni tapi masa tu keadaan tak mengizinkan untuk pergi menonton. kalau tak, akulah antara yang pertama yang akan pergi tengok. macam cerita transformers.. orang tak dapat tiket, aku bleh tengok dua hari berturut-turut huhuhu



Y 4:41 PM


memandangkan mum pun dah keluar dan aku agak kebosanan di rumah so aku angkut beg mekap aku dan try mekap di ruang tamu. ni kes tak ada keje sebenonya.

bila tengok cermin, mata aku merah dan bila lekatkan bulu mata palsu lagi pedih jadinya. alehai kenapa le jadi merah laks ni. nanti tak elok/cantik le nak ke open house sabtu ni.

kebelakangan ni mata aku memang selalu merah. aku pun tak tahu kenapa. agaknya disebabkan kekurangan tido malam. yelah mata jadi letih. eyemore pun dah expired. kalau tak boleh gaks aku titik ke mata.

sabo je le...


Tuesday, September 28, 2010 Y 10:56 PM


entah apa bengong arini beserta semangat dari kembo, aku tanya "kalo kita berdua nikah ok tak?" agak lama aku menantikan jawapan si ad tu.. gamak terkejut aku tanya macam tu.. dah le dekat nak maghrib.. silap2 dia fikir aku kena sampuk hantu.. huhuhu

lama juga aku tunggu dia menjawap dan akhirnya dia jawap "kalau.... ok kot... y?"

aku laks yang terkejut dengan jawapan dia. yalor tak sangka laks dia akan jawap macam tu. difikiran aku, dia akan jawap, no or y? sebab dia memang suka soalan dijawap dengan soalan.

segala perbualan aku dengan ad, aku copy-paste kat kembo. jadi sesama le kitaorg tertongeng2 gelak. apa punya turrr le kan, gamak orang tu puas fikir apa nak jawap, kitaorang boleh sukahati je gelakkan. entah le sebab aku sendiri pun rasa kelakar. tak sangka si ad tu nak jawap macam tu.

dan tetiba masa tengok hp, ada sms dari dia "era now". aku dah le tak bukak radio. dan sms tu dah berlalu hampir 10 minit. kalau bukak radio pun tentu dah lepas apa yang dia nak suwuh aku dengar. yang peliknya kenapa le nak sms, sedangkan aku dan dia tengah berYM. mamat ni punn...

tapi disebabkan ayat aku "u salah send sms ke? sure utk i or untuk somebody else?" terus si ad tu sentap. dia kata aku tak habis dengan prasangka aku. aku bukannya nak prasangka cuma aku konpius. yalor tetiba sms macam tu. lagipun dia jarang sms aku. selalunya thru ym jer..

selepas beberapa baris ayat pujuk aku (aku mmg failed bab pujuk memujuk ni) dia kata ada lagu gadisku. dan katanya lepas ni dia dengar sesorang je tanpa perlu bagitau aku. laaaaaaaa lagu tu je ke.. tu pun nak majuk2 sebab ayat aku. ntah apa2..

kebetulan je ke pun lagu gadisku tu kuar selepas aku tanya soalan menikah tu? selama ni tak pernah pun nak suwuh aku dengar apa2 lagu pun.. kalau ada pun dia bagi lirik je (tu pun aku lupa hehehehe)



thanks buat mr. ad sebab pernah nyanyikan lagu gadisku - search, masa sesi karaoke tempohari walaupun dia bukanlah peminat lagu-lagu rock macam tu..


Sunday, September 26, 2010 Y 12:15 PM



dompok2 je jari jemari aku dengan inai.. masa ni baru je pakai.. dah pukul 1++ pagi.. mata pun dah rasa kelat nak tido. jadi masa nak tido, aku lapikkan dengan plastik. rasa macam tak selesa je tapi takkan tak nak tido laks kan?



yang ni baru je lepas cuci. subuh dah time ni. kecut2 jari jemari aku. itupun takde le lama sangat pakai. kalo biokan sampai 10 jam mau lagi kecut jari jemari aku..




selepas beberapa jam. ilang dah kecut2 tu.. tapi nampak gaks comot sana sini.. sah ganas masa tido malam tadi ahaks...





That girl.

Darling LD
Complicated is my middle name

Loves <33