<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7266948855823103434?origin\x3dhttp://coretandarlin.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Saturday, December 11, 2010 Y 1:46 AM


2-3 menjak ni macam banyak laks kejadian yang berlaku pada 5hb.

Cerita 1:

Bulan oktober aritu aku jumpa ad. Siap sanggup ponteng kelas untuk jumpa aku. Yalor lama giler aku tak jumpa dia. Tapi berjam2 dia jumpa aku pun yang lebih dia merehatkan diri. Ampes toi. Ni kes tak nak jawap pertanyaan aku memacam le ni. Tapi kalo tak tanya bila lagi aku nak tanya kan? Kalo thru BBM/YM/FB sure dia mengelak untuk menjawap semua pertanyaan aku tu.

Perasaan aku masa jumpa dia? Opkos le happy sebab dah lama tak jumpa. Yelah sejak2 aku lebih rela duduk dalam kepompong dari mengadap orang ramai. Cuma macam pelik laks dengan gerak-laku dia. Tahulah lama tak jumpa tapi ikssshhh macam bukan dia laks..

Tapi apapun aku happy sebab takde le nak gado2. Dan segala persoalan aku dia jawap dengan ok, walaupun ada tu penat aku tanya banyak kali. Dan dia laks dok sibuk dok pusing sana sini baru nak jawap. iskh sabo je le. Aku hope nak jumpa dia lagi tapi memandangkan jadual dia yang padat, dengan kelas lagi so aku terpaksa sabar dan sabar. Entah sampai bila nak sabar ntah.


Cerita 2:

Yang ni baru je jadi bulan Disember. Dalam ertikata lain baru je berlaku hujung minggu yang lepas :) Kazen N & mum gelarkan dia Mr.S. Mr.S pun Mr.S le jangan jadi Mr. Os dah le hehehe. Aku kenal dia dah lama dah. Malah dalam blog lama aku selalu gaks cerita pasal dia. Cuma entah apa yang silapnya kami jadi renggang. Tu belum termasuk kawan aku yang cuba2 tackle dia. Nak je aku pijak2 perempuan sekor tu. Nasib je dia beso dari aku. Huhuhu

Selepas tak jadi jumpa dia kat SK khamis aritu so aku text dia bila nak jumpa aku. So katanya lepas balik dari Ipoh dia akan jumpa aku terus. Masa baca msg tu rasa macam nak lompat2. (over!!)

Ahad tu aku pergi kenduri dengan mum & adik aku. Lepas balik kenduri sempat lagi tengok cerita Ngangkung. Masa tengah tunggu cerita nak start dia text aku, tanya aku kat mana. Cuak gaks aku dia dah sampai ke? Rupanya sekadar nak tahu. Dia masih di Ipoh.

Lepas mum dan adik aku balik, aku pun tergolek2 je le seperti biasa. Tapi dalam hati terfikir gaks datang ke tak ke. Sesambil tu aku BBM kembo dan YM sibabyN (banyak laks orang dengan panggilan baby dalam hidup aku ni.. iskhhh!!) Tengah syok2 bergossip, masuk 1 msg tanya aku kat mana. Aku just jwp kat rumah. Masa tu dada dah berdebar2 giler. Yalor lama tak jumpa. Aku fikir apa nak cakap nanti, apa reaksi dia nanti dan segala macam le aku fikirkan. Yang jadi mangsa kembo & babyN le.. Ada ke dorang ni bagi ide macam aku nak bersalin.

Kira2 sejam selepas msg dia tu, dia text aku smola. Lupa dah nak datang ke rumah aku macamana. Haaaaa lama tak lama tak jumpa tu. Last jumpa pun kat Midvalley – masa ni aku tak banyak cakap pun. Kelu je jadi lidah. Harap tak jadi macam tu lagi.

Bila ada je dia depan mata aku, rasa macam nak gugur jantung tengok dia senyum. Tipu le kalo aku kata dia ni tak sweet. Alhamduillah kali ni aku tak kelu2 dah. Boleh dah bercerita walaupun suara aku macam tak keluar. Masa ni batuk aku mash teruk. Tapi disebabkan nak cover malu, aku asyik pegang BB je. Sungguh tak patut. Abis nak wat camne aku gabra sebenonya.

So now tengah fikir bila lagi nak jumpa dia :)


Friday, December 10, 2010 Y 11:51 AM


bersemangat arini menukar layout blog. agaknya dah dapat mood untuk berblog smola agaknya. kalo tak, blog aku bersawang je. blog lama aku tutup terus. biarlah berkubur terus blog tu. aku tak nak amik tahu dah pun.

hari kedua aku open to public blog ni. tak hope pun ada orang baca. tak baca pun takpe sebab koman2 takde le malu sangat nak taip segala cerita kat sini heheheh.. orang sibuk nak follower aku laks yang tak kisah. bengong tahap tenuk!


Thursday, December 9, 2010 Y 10:14 AM


hari ni kununnya tak nak lunch tapi end-up dengan pelbagai juadah untuk bekpes yang aku beli. rasanya sama je le kalo aku lunch pun. macam sama banyak je kuantiti makanannya kan..

alehai bila le agaknya aku nak start diet ni. tensen bila baju2 dah start ketat (spesis baju cukup2 badan je)

lagi tensen bila batuk aku pun tak baik2 lagi. lagi sejuk lagi teruk dibuatnya. ubat makan tapi macam tak ok je. masalahnya makan banyak sangat ubat batuk aku laks lesu dibuatnya. lagipun kat opis mana bleh makan ubat batuk bebanyak. kang aku tido laks..


Wednesday, December 8, 2010 Y 10:33 AM


maal hijrah disambut dengan pertemuan dengan kawan2 lama. mulanya nak jumpa 2-3 orang je tapi bila ramai laks nak join so aku umum je kat FB dan sesapa yang nak join, dipersilakan.

kali ni kami gather2 kat bangi. bab bangi ni aku fail juga. fail banyak sebenonya. memang kompom akan sesat hehehehe.. masa yang dijanjikan jam 8.30 malam. tapi disebabkan aku takde kenderaan sekarang ni so tunggu kembo amik aku dengan kereta laki dia huhuhu. melenjan dengan kereta orang lain laks.

kami antara orang yang paling lambat sampai. kali ni perjumpaan macam perjumpaan kaum2 ibu sebabnya memang perempuan je yang datang. waahhh so surprise!! aku walaupun dengan suara yang macam nak tak nak keluar tapi tetap gagah bercakap. yalor banyak laks orang nak bertanya kan..

mulanya aku order roti bakar n kopi o panas. yalor kan ke batuk mana bleh makan benda pelik2 tapi bila lama melepak rasa lapo laks. aku order mee kicap tapi masin yang amat. tak leh masuk peyut aku dibuatnya.

masa nak balik kete salah sorang tu pancit laks. huru-hara le kami kejap. nasib adik dia datang untuk rescue. kalo nak suwuh aku memang ampes le. kalo leh tuko pun aku tak yakin selamat ke tak kete tu nak dipandu heheheh


Monday, December 6, 2010 Y 10:57 AM


Rasa bertambah penat bila balik2 je dari kuantan jumaat lepas, selepas seharian di atas jalan raya je aku rasa, dapat tahu rumah aku kena pecah-masuk. Terus rasa macam lesu je badan. Malah nak berdiri dan buat apa2 pun aku tak larat dah. Aku terus kol kembo dan bbm sis T. sis T kata dia akan datang secepat mungkin.

Aku bukak pintu rumah seluas-luasnya sebabnya aku fikir kalau ada apa2 senang aku nak lari. Bengong kan. Yalor mana tak cuak bila pintu bilik wardrobe aku berkunci dari dalam dan lampu terpasang. Sedangkan masa aku tinggalkan rumah, lampu dan bilik tu tak terkunci/terpasang pun.

Tak lama lepas tu 2 orang anggota polis pun sampai. Siap dengan senapang. So dorang yang bukakkan pintu bilik wardrobe aku. Lepas tu siap tengok dalam almari bagai, memang tak ada orang. Tapi bilik tu dah huru-hara jadinya.

Selepas amik statement aku, polis tu pergi buat laporan seterusnya. Dia kata tunggu polis lain datang untuk amik gambar. So aku lepak je dengan sis T dan kembo. Nak hidangkan makanan/minuman pun, rumah aku bukan ada apa2. maklumlah rumah aku tu ala rumah tumpangan, jarang sangat balik ke rumah sendiri.

Bila polis dah datang amik gambo, sis T pun balik ke rumah dia, aku ikut kembo balik ke rumah dia. Tak sanggup aku nak tdo kat situ. Rasa macam ngeri je. Even nak masuk bilik wardrobe pun aku tak sanggup. Pergi rumah kembo pun berlenggang2 je. Nasib le aku memang selalu tinggalkan baju kat rumah dia, baik yang luar atau dalam J






That girl.

Darling LD
Complicated is my middle name

Loves <33