<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7266948855823103434?origin\x3dhttp://coretandarlin.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Tuesday, October 12, 2010 Y 5:23 PM


8-10 oktober aritu aku agak bz kat banting. bukannya kenduri aku tapi sepupu kembo yang menikah. dari sampai jumaat tu sampailah ahad, macam tak berhenti buat kerja. kena siapkan bilik pengantin, siapkan pelamin nikah dan siapkan pelamin bersanding. kerja yang agak sukar sebab bukannya ada pengalaman pun nak buat tu semua.

tapi alhamdulillah dengan bantuan adik2 kembo siap gaks segalanya. dan lagi best bila orang kata cantik. macam masuk bakul angkat sendiri je gayanya heheheheh..

jumaat tu sampai banting, duduk kejap dah keluar ke kedai bunga. pilih2 bunga dan kain pastu balik semula ke rumah. tengok2 bilik dan lepas tu balik rumah mum kat KS - nak ambil kelambu untuk bilik pengantin. sempat le aku mandi dan lepas tu terus cargas balik ke banting. sampai je terus keluarkan segala barang2 yang tak sepatutnya ada dalam bilik tu. hampir subuh baru siap.

kemudian turun ke bawah dan start buat pelamin untuk nikah. memacam gaks le ideanya. orang baru nak bangun tido kami masih tak tido2. aku sibuk bab mengubahkan bunga tu je. entah apa hasilnya aku belasah je le hehehe.. siap pelamin nikah kami keluar untuk siapkan pelamin sanding laks. pelamin nikah kena siapkan awal sebab dia menikah lepas zohor.

kira2 jam 10 pagi tu aku tak tahan dah rasanya. otak pun dah macam blur je. yelah bila tak tido, dah le tak dapat nescafee maunya tak weng jadinya. so aku masuk dan tido kejap. aku terjaga sebab baby nagis2. pastu keluar sambung buat keje. kembo laks gi tido sebab dia pun tak tahan dah. akhirnya dah petang barulah semuanya siap. aku sempatlah minta bibik buatkan air kopi panas. kuih muih memang banyak sebab jiran2 hantar.

malam tu air laks tak ada. nasib le rumahnya belakang surau so aku n ella mandi kat surau. lega rasanya. badan dah bau macam kambing. aku rasa kambing pun wangi dari aku :p

malam tu cuma upacara potong kek. lepas tu tak ada apa dah. golek2 je le kan. so aku tido depan pelamin nikah. tido dengan baju kurung tu je. so pagi lagi dah jagakan. tapi pagi tu pun air kurang. so sekali lagi mandi kat surau. nasib gaks le cepat, kalo lambat air surau pun dah kurang.

lewat petang balik ke sg besar laks. sempat singgah 1 lagi kenduri. aku rasa perut macam nak meletup sebab banyak sangat makan. giler ko 3 hari penuh dengan makan walaupun banyak buat kerja. lepas tu balik rumah mak kembo. duduk le dalam sejam kemudian gerak ke rumah mum laks. kembo sempat tido jap. lepas tu suwuh adik2 dia datang umah mum dulu dan baru dia balik ke gombak.





That girl.

Darling LD
Complicated is my middle name

Loves <33