<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7266948855823103434?origin\x3dhttp://coretandarlin.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Friday, May 13, 2011 Y 4:11 PM


13 May, merupakan ulang tahun kelahiran MayMay. Aku ingat sebabnya sama tarikh peristiwa berdarah satu masa dulu. 13 May!!

Aku kenal MayMay sudah lebih 4 tahun lamanya. Perkenalan kami melalui blogger. Kami sama-sama blogger tegar satu masa dahulu. Aku suka baca blog dia sebab slalu ada unsur komedi. Walaupun sebenarnya entrynya lebih menjurus perbandingan antara lelaki dan perempuan.

Dari blog ke sms dan ym. Tapi sekali pun kami tidak pernah berjumpa. Pernah juga bercadang nak berjumpa tapi selalunya ada sahaja halangannya. Jadinya selepas itu kami tidak pernah lagi merancang sebarang pertemuan. Lagipun dia tinggal di utara tanahair. Manakala aku di tempat jin bertendang ni. opss Kuala Lumpur maksud aku. heheheheh

Tapi pernah sekali je kami berbual di telefon. Selebihnya sms/ym sahaja. Dan sekarang ni dia laks jadi segan nak jumpa dengan aku sebab katanya, aku kuat semangat dibandingkan dia.

Kami memang rapat. Berkongsi masalah sesama sendiri. Dan rasanya elok juga tak berjumpa sebab kami bebas nak bercerita tanpa rasa segan.

Sekarang walaupun dia sudah tidak aktif didunia blog tapi kami masih lagi rapat. Sekali sekala dia akan menyelit diwall FB aku. Dan selalunya dia akan sms sahaja. yelah aku pun dah jarang sangat masuk FB sekarang ni.

happy besday maymay..

*kisses & hugs*





That girl.

Darling LD
Complicated is my middle name

Loves <33