<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7266948855823103434?origin\x3dhttp://coretandarlin.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Saturday, March 26, 2011 Y 8:33 AM


gambar hiasan dari deviantart




Aritu jejalan dengan mum. Pertama kali pergi ke situ. Luas jugak tempatnya. Dalam aku tak sihat tu boleh lagi merayap sana-sini. Disebabkan kat situ ala2 macam nilai tiga (mum cakap macam tu)

Masuk kedai tudung, masuk kedai jam, masuk kedai beg. Segala kedai le kalau boleh nak masuk. Masa masuk salah-satu kedai bag, amoi tu sibuk le suwuh aku beli beg LV. Aku tak minat pun. Sebab memang nampak sangat tiruan. Lagipun aku lagi rela pakai beg tak ada jenama dari nak pakai beg macam tu. Sebab bukan apa, orang tau sangat tiruannya.

Lepas tu bila amoi2 tu sibuk2 gaks rekomenkan beg LV tu aku kata, tak nak lah. Mana ada ori tali putih color macam ni. Dia bleh jawap, ini leather maaaa.. nanti lama-lama u pakai tukar color le. Aku, like hellooOoo! Mana ko blaja leather tu tuko color sesuka hati? Aku terus kelaur dari kedai tu. Iskh sabo je le.


Tadi mengisi masa rehat aku, aku ke JJ Cheras Selatan. Kerap sangat pergi sini. Sampaikan adik yang jual tudung/selendang tu pun dah kenal aku. Aku tak ada apa nak beli pun. Tapi setiap kali singgah kedai adik tu, aku akan beli selendang. Lagipun dia akan kurangkan harga. Kes sebab bila pergi, bersembangnya berjam-jam. Tapi itu untungnya pulak.

Aku memang gila mengumpul selendang sekarang ni. Boleh katakan ada je selendang aku beli. Tapi tempat yang paling murah, kat Plaza GM, Klang. Nanti nak pergi situ dengan adik aku laks. Eh eh aku nak cerita pasal bag bukan selendang.

Pusing2 kat JJ tapi tak tahu nak beli apa. Sale. Orang tak ramai pun. JJ Cheras Selatan memang selalunya tak ramai orang. Bukannya tengah-tengah KL yang semua orang nak berpusu ke shopping complex kan?

Masa aku nak keluar JJ, tup2 dengar pengumuman, happy hour. Selalunya aku buat tak tahu je sebabnya kalo kat KL, habis cakap je, orang dah penuh kerumun. Macam ulat taik. Opsss!

Disebabkan ni macam boleh menyelit, so aku pun selit sama. Mak ai 80% tu.. yang harga seratus lebih tinggal beberapa puluh ringgit je. Pergh ! jakun japs aku dibuatnya. Aku pun sibuk sama dok tarik sana tarik sini. Tapi yang sebenonya aku lebih sibuk tengok yang kat tangan orang2 lain. Mak ai banyaknya dorang ni amik. Ada tu sampai 4-5 bijik sekaligus. Jeles laks aku tengok cantik2 beg tu. Yelah orang sibuk mencari aku sibuk menengok.

Tapiiiii.. tapiiiii.. aku berjaya juga cilok 2 bijik. Iskh iskh ! jenis tak tahan dugaan sungguh. Dah le gaji lambat lagi.. arghhhhhhh.. ni masalahnya kalau hati memang nak beli beg. Sedangkan aku cari beg color merah.

Sila rasa bersalah disulami dengan gembira. Lagi satu bila tengah tensen, memang bahaya kalau pergi shopping complex. Rasa semua benda nak dibeli :(



Friday, March 25, 2011 Y 10:35 AM




Petang rabu hari tu, tetiba dapat jemputan join 1 group BBM. Aku ni jenis yang akan klik je. Kalau tak ok, kemudian baru kanselkan.

Sebenarnya group ni kesinambungan daripada twitter, geng-geng #GN. Walaupun aku tak pernah join twtup yang dianjurkan. Lagipun aku baru je join #GN. Kena ambil masa sedikit kutz :) Malah nak kata berbual mesra ditwitter pun tidak. Sekadar menyamuk apa yang perlu atau sekadar ucapan selamat pagi. Tapi bila join group GNBBM ni, aku rasa aku lah yang paling banyak menaip. Kalau ada pertandingan menaip, pasti aku akan menang. Silap2 boleh hatrik hehehe.

Hari pertama tu sampai 4 pagi tak tido bersembang dekat GNBBM. Lenguh jari jemari aku menaip. Tu belum campur melayan twitter. Kalau ikutkan nak je sampai subuh tapi disebabkan aku kena gaks tido japs, so berhenti le. Nanti lemau laks nak pergi kerja.

Aku suka buat perangai gila-gila macam tu. Bukan le maksud aku ni jenis yang tak serius. Ikut pada topik le kan. Lagipun ni je cara aku nak rasa gembira. Selain boleh melupakan seketika kepedihan yang aku alami. Masalah yang tidak tahu bila akan selesainya. Hmmm

Cuma malam tadi aku memang tak larat sangat. Bukan sahaja GNBBM aku tak menaip, twitter pun tidak. Awal-awal sebelum isyak tu je. Lepas tu aku tido. Kes demam tapi degil tak nak makan ubat. Padan muka sendiri le kan.

Tapi terfikir juga, agak-agaknya orang menyampah tengok aku je yang ada sepanjang masa kat GNBBM. Balik-balik si L ni je menaip. Macam tak ada kerja laks kan. Pastu suka hati dia je nak kata apa. Bagi aku kena jadi diri sendiri le kan. Takkan nak taip sopan santun / ayat sastera baku laks. Aku pun pening nanti. Selagi aku rasa aku tak memaki hamun, kira oklah tu. Ke sebenarnya dorang tak ok pun? *fikir tetiba*

I heart GNBBM :)



Thursday, March 24, 2011 Y 4:06 PM






Hari yang sangat tidak ok buat aku. Aku memang cuba bertahan. Cuba buat seperti tiada apa tapi jauh disudut hati aku, seperti tertusuk duri. Pedih yang tidak tahu bagaimana nak digambarkan.

Mungkin aku tidak patut berada dalam situasi ini. Tapi aku yang memilih dan perlu ke aku menyesal sekarang. Dan aku bukanlah jenis orang yang tidak akan menyesal dengan keputusan yang dibuat.

Aku tahu keadaan dia mungkin lagi teruk dari apa yang aku alami tapi dengan keadaan aku yang keseorangan ni, membuatkan aku agak parah juga. Tidak keterlaluan kalau aku katakan yang aku rindukan dia sangat. Rindu akan kata2nya dan layanan mesranya.

Sampai bila aku akan begini. Dah lebih dari sehari dia berdiam diri. Sekali sekala dia ada online tapi tiada sapa dari dia. Aduhai tuhan je yang tahu apa yang aku rasa saat ini. Dengan keadaan kesihatan aku yang tidak begitu baik, lagilah membuatkan aku beremosi terlebih.

Dan disebabkan agak tidak tahan dengan keadaan ni (baru sehari je) aku hantar beberapa message kat dia. yeah seperti dijangkakan tiada satu pun yang dia balas. Dan aku juga tahu dia jenis yang suka tunggu keadaan reda. Sebab kalau aku memarah pun dia akan biarkan dulu aku sejuk. Alehai..

Akukah yang salah dalam hal ni ?


Wednesday, March 23, 2011 Y 10:50 AM


I can't wait to be with you sayang, I know you can give me the love and the touch of love that I long to have together with you

The fact that you are prepared to surrender yourself to me proves that you care and reciprocate my feelings for you.

You are my lover, I want you and I want to lay you and I want you to be part of my life



Alangkah indahnya bunyi ayat di atas bukan. Dan setiap kali dapat ayat macam tu aku akan TERdiam seketika tapi TERsenyum sesorang. Ye mungkin ada yang kata TERlalu manis untuk dipercayai. Tapi TERpulang le pada hak memasing untuk mempercayainya atau tidak.

Sabtu lepas aku jumpa my-baby. Walaupun keadaan aku yang sangat tidak bermaya, due to bad gastrick, tapi gigih juga drive ke Axis. Nasib tak jauh sangat dari rumah aku. Dan tiap kali aku jumpa dia, hujan lebat. Orang kata hujan tu rezeki. Hmmm rezeki le kutz kan.

Best lepak kat situ sebabnya ada set kerusi sofa. Rasa macam nak baring2 je. Dah le siap ada kusyen bagai. Aku tak makan pun sebabnya setiap apa aku makan hari tu, akan muntah semula, serta-merta. Dia minum latte dan aku brewed coffee which too sweet. Dan aku minum sikit je. Disebabkan dia risau aku tak makan, so sebelum balik tapau sirloin steak. :) Tak lama mana pun jumpanya, dalam masa sejam je.

Memacam hal yang dibualkan. TERmasuk le satu topic kalau suami nak kahwin lebih dari satu. Dan aku dengan selambanya boleh jawap, kalu dah jadi suami, I will let my hubby to get married another one. Dan aku juga tegaskan kat dia bukan sebab sekarang je aku fikir macam tu, dari masa dengan 1st exbf aku dah fikir macam tu. As long aku dah jadi isteri yang sah. Tapi kalau masih bercouple, tetiba nak pasang lagi satu, it’s a big no!

Dan aku juga cakap kat dia, don’t u ever try to find another girl. But “she” is acceptable. Giler apa ke aku boleh cakap macam tu. Well aku memang gila pun kan? :)

Lepas tu dia hantar aku kereta. Dan sebenarnya aku siap drove him to his car. Yelah aku parking kat atas, dia parking kat bawah – luar. Kesian laks nak suwuh dia jalan kan? Baik je bunyinya kan? Eh actually he offer himself ngeeee..

Dan dia laks tak habis2 suwuh aku balik rumah mum seawal mungkin. Dia risau kalau balik malam2. tapi aku laks tak rasa boleh nak drive ke rumah mum masa tu. So aku balik lepas maghrib. Slow je pandu time tu. Yang penting aku sampai :)


Tuesday, March 22, 2011 Y 12:23 AM


The ball is at your feet and not mine sayang and as they say "touch your heart and tell yourself.

My heart grow fonder no matter we hardly see each other although we are so close by, True to the saying "so near and yet so far.

I love you so much sayang,I need you and I can't go on without you.



yeah memang keputusan ditangan aku (ye ke?) bukan ke dalam hubungan memerlukan dua orang membuat keputusan? dan kalau aku diberi pilihan membuat keputusan, keputusan aku tetap sama, aku pilih dia.

tak kisah le orang nak kata aku gila ke, terdesak ke, apa ke, yang penting kebahagiaan aku. aku bahagia dengan hidup aku sekarang so sampai bila aku asyik nak fikir orang terima atau tidak. bila fikir pasal orang, end-upnya aku gaks yang sesorang. semua sebab fikirkan orang.

oppss bahagia ke aku sebenarnya? yup aku bahagia. aku senang dengan cara dia. cuma ada halangan sedikit. err ye ke sedikit?

yeah ada halangan yang kami kena lalui. tapi bukankah hubungan itu akan jadi lebih bermakna bila berjaya menempuh segala halangan yang ada?







That girl.

Darling LD
Complicated is my middle name

Loves <33