<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7266948855823103434?origin\x3dhttp://coretandarlin.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Saturday, December 25, 2010 Y 1:47 PM



aku dok usyar2 samsung galaxy tab ni. macam menarik gaks. tapi touch skrin. cuma kalau dibandingkan dengan ipad aku rasa elok gaks galaxy tab ni sebabnya boleh dijadikan phone. tapi harganya bukannya murah. lebih kurang ipad gaks.






BB Torch ni memang aku suka giler. walaupun ianya agak berat dan slide tapi kameranya best. sempat le aku try masa bro dapat bb ni. yalor takleh nak godek lebey2 sebab orang punya kan :) entah bila aku boleh beli ntah. banyak laks kena uruskan benda lain dulu. kalaulah ada orang nak hadiahkan kat aku. *how i wish*



BB Bold 3 ni ok gaks. canggih le dari bb curve aku sekarang ni. ok le dibandingkan torch yg slide-up tapi hati aku tetap gaks terbayang2kan torch tu. bold 3 ni murah lagi dibandingkan torch.


Friday, December 24, 2010 Y 9:54 AM



malam tadi dapat aura nak memasak. so sampai umah SK, terus ke dapur keluarkan apa ayang patut. sementara tunggu daging/ayam cair aisnya aku sibuk berBBM. lepas tu baru terhegeh2 nak mandi. dasar suka lewat2 nak mandi kan.

so lepas maghrib segera masuk dapur. masak dengan penuh tekun (kununnya). takde le lama sangat nak memasaknya pun. lagipun mee goreng basah kan. so siap masak, amik gambo dan send ke FB & twitter. camne le orang tak kata wall aku penuh dengan gambo makanan je :)



masa nak bayar bekpes aku pagi ni (lupa nak snap pic) aku nampak kek lapis sarawak yang dia dah bungkus kecik2 macam ni. macam comel je. tapi aku tak minat nak makan kek lapis sarawak sebabnya penuh rempah. tak suka aku rasa rempah tu.

btw pagi ni aku makan nasi goreng cili api. sekarang ni peyut pun dah rasa ala mesin basuh. adesssss


Y 8:24 AM



hari tu masa tengah kemaskini almari aku yang rasanya macam nak meletup isi kandungannya, aku TERjumpa t-shirt ni. sebenonya antara t-shirt kegemaran aku. tapi disebabkan kekadang tu TERperok entah kat mana (kes ditindan dengan baju lain) aku TERlupa nak pakai.

aku bukanlah jenis yang suka sangat nak pakai t-shirt beso-beso ni tapi t-shirt ni best. t-shirt ni aku dapat/beli masa tengah aktif dengan dunia chat-mengechat. nama-nama kat belakang t-shirt tu adalah ahli2 yang TERdapat dalam channel tu (#). kami dah macam adik-beradik. kalau ada salah sorang kawin/kenduri, sanggup kami konvoi pergi beramai-ramai. malah pernah sekali tu lepas kenduri, kami terjah je genting. kes kenduri kat kuala kubu baru so terus je le ke genting. sejuk2 aku kat atas tu sebab pakai kebaya nipis je.

tapi semua tu kenangan je. sekarang aku dah tak kontek walau seorang pun dari mereka. sedangkan ada dua orang dari mereka tu dekat je dengan kampung aku. tetiba windu laks kat dorang. sobb sobb :(



Thursday, December 23, 2010 Y 10:48 AM



setelah sekian lama tak menonton wayang diwaktu malam, malam semalam rekod dah pecah. masa menunggu waktu tayangan aku dah separa mengantuk. sejak2 bekerja kembali ni aku memang mengantuk je dibuatnya. agaknya kepenatan menggunakan otak huhuhuhu.

cerita tron legacy ni memang menarik. plak2 bila tengok versi 3D. aku bleh TERbayangkan game galaga laks. dasar kreatif sangat otak kan hehehe. walaupun aku tengok dengan keadaan separa mengantuk tapi alhamdullilah berjaya menonton sampai ke 'closing kredit' yang terakhir. dan juga nasib baik le tak sejuk sangat. kalau tak tentu tak boleh nak konsentrate. kes pergi tengok sehelai sepinggang tanpa jaket :)


Y 7:26 AM




bersinar2 je bola golf ni kan. mulanya aku minta warna merah. tapi katanya takde. warna lain ada le. tapi yang sebeno-benonya, aku minta memain je. kes tengok dia letak pic bola & tee kat BBM so aku tergedik2 le kata nak bola warna merah.



sekali masa makan kat hokaido restoran, bila dah separuh makanan masuk dalam peyut aku, dia hulurkan kotak kat atas tu. terkejut gaks aku pada mulanya. yelah bola apa kan. rupanya bola golf. terkejut + happy + malu.

golf bukan le sukan yang menjadi kegemaran aku. malah kalau kat TV pun aku memang takkan tengok. rasa macam bosan je nak tengok dorang pukul bola dan lepas tu berjalan nak dapatkan bola tu.

dan alasan aku yang paling kuat taknak main golf sebab panas! hitam le nanti aku (macam le putih melepak sangat pun, kan hehehe) tapi alasan dia nak aku main golf sebab katanya elok untuk diet. berjalan berkilo-kilometer jauhnya tu elok untuk pembakaran lemak. itu le yang paling lemah sekali tu. walaupun aku memang berniat untuk kurangkan kandungan lemak dalam badan aku ni.

dan sampai ke saat aku menaip post ni, aku tak jejak lagi kaki ke padang golf. driving range pun aku tak pergi. dan masalah paling utama, aku takde set golf. so tak boleh nak start belajar. hehehehehe alasan paling diguna-pakai le kununnya.


Wednesday, December 22, 2010 Y 1:58 PM


makan-makan masa di cherating 17-19 Disember 2010


ni makan tengahari masa hari sabtu. amik penuh pinggan tapi akhirnya aku tak habis. dasar tamak kan..


bukan le aku makan sambal je.. giler apa nak makan sambal je. mau jadi macam mesin basuh peyut aku nanti. masa ni makan steambot.. dalam ertikata lain, makan malam kami, steambot. tapi aku tak makan banyak isi kandungannya, aku lebih tertarik menghirup supnya. sedap seyyyy!!


cantik je aku tengok ikan masin ni dalam paket. aku tak beli pun. lagipun aku tak berapa gemar nak makan ikan masin. ntah le. rasa macam masin sangat.

ni antara keropok yang dijual. aku sibuk amik gambar dengan BB aku je. belinya dak. nasib le orang2 lain sibuk membeli belah. kalau tak, harus aku kena halau dari kedai tu.




keropok ni dah siap rebus. panas2 masa dia bungkus ni. so masa dalam perjalanan je dah selamat masuk peyut.. dasar anaconda! ihiks..


minah ni bawak beg plastik penuh keropok macam bawak handbag. bleh laks dia kendong beg plastik yang berat tu macam tu.


masa dalam perjalanan balik, sempat singgah kat rumah salah sorang staff. mak dia masakkan mihun sup dan mee goreng. sedap beb!! rasa macam tak nak berhenti makan. nasib ada perasaan malu. hehehehe




Tuesday, December 21, 2010 Y 5:17 PM


hari ni kunun nak update blog tapi end-up dengan aku sibuk menambah gadget ke blog dan mencari layout baru.. last2 berkubur je le cerita yang aku nak kongsikan. tengoklah esok lusa kalau sempat aku update.. hehehhee





That girl.

Darling LD
Complicated is my middle name

Loves <33