<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7266948855823103434?origin\x3dhttp://coretandarlin.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Friday, April 1, 2011 Y 10:07 AM


hari rabu hari tu, selepas habis meeting aku segera merempit ke JJ Cheras Selatan. Dah le meeting habis agak lambat, nak kejar masa untuk movie ni lagi. ohhhh sangat mencabar. *kununnya. sedangkan memang suka merempit pun*

Aku sebenarnya dari awal cerita ni keluar dah TERfikir nak pergi tengok. Tapi seperti biasalah setahun dua ni aku jadi lembab/lemau nak ke pawagam. Tak tahu apa sebabnya. Sedangkan banyak cerita yang best-best ditayangkan. Agaknya sejak-sejak aku seperti jatuh cinta dengan Istana Budaya, pawagam tu jadi malas. *ayat poyo tak hengat*

Dan aku juga bukanlah pengemar cerita-cerita melayu ni. Bukannya apa, selalunya bila aku tengok, akan mengecewakan aku. Tak pun aku akan sibuk-sibuk tanya, "kenapa macam tu", "ehh bukan macam tu" dan segala macam "eh" akan keluar. Jadinya baik aku tak payah tengok. Tunggu je keluar kat astro/TV. Dan selalunya pun TERlepas nak tengok. hehehehe

Sudah tentu le aku melayu. Bukan tak bangga pun jadi melayu cumaaa... *reserved my comment(s)*

Selepas agak kecewa menonton Merong Mahawangsa, aku jadi malas nak ke pawagam semula. Ye memang orang kata cerita MHH tu best tapi bangi aku tidak. Antara Merong Mahawangsa dan Queen of Langkasuka, aku lebih suka Queen of Langkasuka. (macamana Thailand boleh buat cerita kisah Melayu Kedah lebih bagus dar rakyat Malaysia?)

Tapi bila baca tweet BroS mengatakan cerita ... dalam botol ni berbaloi untuk ditonton, itu yang menyebabkan aku ke pawagam gaks. Kalau DVD keluar awal, aku beli DVD je. Tapi cerita melayu ni DVD lambat.

Dan ye, cerita ... dalam botol tu berbaloi. Selain cerita tu macam tak cukup lampu, yang lelainnya ok. Malah dialog dan juga jalan ceritanya tidak keterlaluan. Sampaikan aku rasa macam tak puas laks. erRr dorang akan buat part 2 ke nanti ye?


ps: aku tak paham kenapa tak kekalkan tajuk "anu dalam botol". sedangkan 'anu" tu digunakan sebagai pemboleh ubah dalam matematik tambahan. itu le otak asyik fikir 18sx je. mana nak maju!


Thursday, March 31, 2011 Y 3:03 PM


Ada satu tanda tanya yang bermain difikiran aku. Ini bukanlah kata-kata dari my-baby. Sudah tentulah tidak. Memandangkan dia pun senyapkan diri dari aku sekarang ni. *sedih* Kata-kata ni dari salah seorang rakan twitterku.

Strong, independent and proud. Words you use to describe yourself! So be that will you!

Rasanya aku tidak pernah langsung cakap macam tu dengan dia.

To tell you the truth! I think I did! By not talking to you as much as I use to do! I feel guilty about this!

MrG memang jarang bersembang dengan aku, walaupun dia ‘online’. Lagipun sudah agak lama dia tidak menyapa aku. Kalau ada pun aku yang sapa dia tapi itu pun hanya 1-2 tweet sahaja.


How could I dear! Its just that I don't want you to get hurt! if for some reason I am unable to continue the way I did!

How can you survive in such condition? Do you really have to live alone? Why not with your mother?

Kenapa pula aku akan terluka? Kalau sebagai kawan, salah ke bertegur sapa? Dan dari mana dia tau aku hanya ada mak? Bukan semua orang aku bercerita pun. Bukan ke kalau tak nak bagi aku duduk sesorang, dia boleh taip ‘parents’. Sebenarnya banyak lagi kata-katanya dari dulu yang menjadi tanda tanya aku. Malah ada antara puisinya tu pun pernah menjadi persoalan buat aku. *banyaknya le persoalan. Macam tak ada kerja laks*

Dan lagi, yang menjadi tanda tanya aku, setiap kali aku dalam kedaan sedih mrG macam tahu je aku tengah sedih. Dulu pernah masa tu aku dan my-baby ambil keputusan untuk berdiam diri seketika. Dan mrG ni macam tahu2 sahaja aku sednag bersedih. Sedangkan masa tu aku tak tulis apa-apa pun kat ‘timeline’.

Bila aku tanya dia kata hanya tekaan rambang. Pergh! Terernya kau membuat tekaan rambang sedangkan orang lain yang rapat pun tak tahu. Dan ketika itu setiap kali dia ‘online’ dia akan bertanyakan keadaan aku.

Oh, ya! Keduanya memang menggunakan English bila berbual dengan aku. Dan keduanya mempunyai English yang sangat bagus. Aku je le yang ampes.

Namun yang menambah persoalan aku, bila satu hari mrG tweet aku dan kata tahu apa yang aku buat seharian tu. Aku tanya dari mana dia tahu. Dia kata dia baca ‘timeline’ aku. Dan sekali lagi aku keliru sebabnya seharian tu tweet aku menggunakan bahasa melayu. mrG penah mengaku yang dia tidak tinggal di Malaysia. Katanya jarak waktu 4 jam dari Malaysia. Tapi kadang-kadang tu pagi-pagi dia dah tweet aku. Takkan pukul 4-5 pagi kau dah bangun. Mungkin juga, lah.

Dan selalunya bila mrG tweet aku, my-baby akan diam. Kalau ada pun jawapannya agak lambat. Adakah mereka sebenarnya orang yang sama ? aku pernah tanya tapi seperti biasa tiada jawapan. Banyak lagi yang menjadi tanda-tanya tapi aku malas nak menghuraikannya.



Ps : sekarang ini aku dah jadi rajin nak mengemaskini blog. Kalau dulu bersawang je le. Dan ada juga orang tanya, kenapa pasal my-baby tu baru2 ni sahaja baru ada. Sebabnya sebelum ni aku malas nak menaip / copy-paste.


Tuesday, March 29, 2011 Y 3:39 PM




Y 11:48 AM


Sebenarnya aku nak sambung part III ni semalam. Tapi dak-california dekat pejabat ni asyik datang tempat aku je. Ada je benda yang dia nak. Sampaikan nak dengar/tengok youtube dangdut pun aku yang kena buka. Sabar je le aku. Opss dia bukan dari California tapi dia disebabkan dia suka cakap English ikut sempat dia dan ada antaranya orang tak paham pun, jadi dia kata “orang california ulu memang cakap lain sikit”. Jadi dapat le gelaran “dak-california” dari aku. Aku suka melayan dia sebab boleh gaks le buat aku gembira dengan perangai gila-gila dia tu.

Dan hari ni, aku dah hilang idea apa yang hendak aku blogkan. Tapi aku masih perlu luahkan apa aku rasa supaya tak tertekan sangat. Kadang-kadang tu aku suka tulis atas kertas, lepas tu aku shred. Memang macam membazir tapi sekurangnya lega sikit. Dulu-dulu aku ni jenis yang tak tahu nak meluahkan masalah kat orang. Jadinya orang selalu fikir aku ni gembira sepanjang masa. Sedangkan Tuhan je tahu apa yang aku rasa. Sekarang pun aku buat-buat je gembira tapi…..

Berbalik pada cerita mempunyai hubungan dengan orang yang sudah berkahwin; Aku memang tidak terlalu hairan dengan orang yang mempunyai hubungan luar ni. Bukan sebab aku pun termasuk dalam golongan tersebut tapi sebabnya macam dah satu perkara yang biasa sekarang ni. Dan bukan juga sesuatu yang baru pada aku.

Ya aku akui aku memang barada dalam hubungan yang sangat-sangat sukar. Tapi bukan atas pilihan aku. Tipu le kalau aku sengaja nak menyusahkan hidup aku. Tapi kalau cuba elak macamana pun tadi tetap juga ‘milik orang’ yang datang, bukanlah perkara yang senang untuk menidakkanya. Pulak-pulak kalau sesorang itu sangatlah ‘sweet’. Bukan ‘sweet’ muka. Itu dah macam adik-adik lak. Maksud aku dari segi perlakuan, percakapan dan sebagainya.

Pengakuan bro-S agak mengejutkan aku juga. Tidak pernah terlintas difikiran aku yang orang sepertinya akan mempunyai kekasih gelap. Kekasih gelapku? Ohhh aku benci lagu tu. Sejak-sejak aku dengan my-baby, selalu sangat keudara di radio. Macam nak perli aku je.

Aku ingatkan kisah cinta dengan suami orang ni dah tamat lama dalam hidup aku. Rupanya tidak. Sampaikan aku terfikir apa yang aku buat sampaikan suami orang suka aku. Masalahnya bukan sorang. Ingat seronok ke? Memang le seronok bila ada orang suka tapi kalau orang tu suami orang, bukan sesuatu yang menyeronokkan. Sangat-sangat tidak menyeronokkan!

Ada orang tanya apa yang membuatkan aku tertarik dengan my-baby. Tak ramai yang tahu tapi mana-mana yang tahu, akan tanya soalan yang hampir sama. Sebabnya dorang tahu aku bukan jenis yang akan senang-senang jatuh hati. Tapi kalau anuar zain, memang sedetik lebih terus suka hehehehe.

Secara jujur my-baby bukanlah mempunyai kateria lelaki yang aku suka. Bukan aku nak bandingkan dari segi rupa paras, tapi dari segi fizikal. Aku lebih sukakan lelaki yang berisi. Tapi my-baby slim/kecil je orangnya. Namun itu bukan alasan untuk membencinya sebab aku dah suka dia dari sebelum aku jumpa. Ok bunyinya gila. Dan bukan aku juga yang akan suka pada orang yang tidak dikenali. Setakat kawan-kawan tu takpelah tapi kalau lebih dari kawan aku lebih suka berdepan dulu.

Tapi kadang-kadang yang bukan menjadi kebiasaan tu yang akan terjadi. Seperti le aku dan my-baby. Hari aku macam tak lengkap kalau tak bersembang dengan dia. Rasa tak puas hati kalau tak Nampak perkataan “sweetheart, sweetie, darling, dear dan sayang”. Memang aku cuba menafikan perasaan aku pada awalnya. Tapi makin cuba makin aku suka dan sayang padanya.

Apa yang aku rasa tu ibarat membunuh diri aku sendiri. Sedangkan aku sudah berjanji pada diri aku yang aku tidak mahu jatuh cinta dengan sesiapa untuk tahun ini. Kelukaan aku masih belum sembuh sepenuhnya. Masih pedih. Dan rasanya aku tak sanggup nak menambah kepedihan itu lagi dan lagi.

Benarlah kata orang, kita mampu merancang dan Tuhan yang menentukan segalanya. Dalam aku menahan serta menafikan perasaan padanya, aku jatuh hati! Indah. Lain dari yang lain. Ye ye kalau dah suka semuanya indah. Eh tidak! sebabnya aku tidak senang-senang untuk berjumpa. Tapi bercinta di dunia maya juga indah.

*tarik nafas* ohhh ada pedih yang datang. Segala yang indah kini hanya tinggal kenangan. Salah aku kah? Atau salah keadaan. Aku memang tidak mampu untuk melupakannya. Malah tiap kali aku solat, bayangan dia pasti menerpa. Sedangkan diwaktu lain, aku susah laks nak terbayang.

Berhenti dahulu.


I still have feelings for you. And no matter how many times I tell myself that I'm better off without you, you still own part of my heart



Monday, March 28, 2011 Y 4:12 PM


PART II

Semalam disebabkan tak nak fikir dan ingat akan rasa bersalah disebabkan bertalu2 pesanan dihantar pada my-baby dan akhirnya kena block, aku mengemaskini bilik pakaian aku. Lagipun aku perlu mengeluarkan peluh supaya akan rasa lebih sihat. Berhari-hari aku demam dan tidak berpeluh.

Dalam huru-hara aku berkemas, tiba-tiba satu soalan bermain-main difikiran aku; Apakah sebenarnya yang dicari oleh orang-orang yang sudah berkahwin dalam hubungan satu lagi. Dalam erti kata lain, kenapa perlu mereka mempunyai kekasih sedangkan sudah mempunyai keluarga yang bahagia.

Aku pernah tanya kawan-kawan masa di pejabat lama. Ye ada dikalangan mereka yang mempunyai kekasih gelap tapi jawapan yang mereka bagi, hanya untuk mengisi masa lapang. Opss macamana aku boleh selamba je tanya ? sebabnya mereka tu memang rapat dengan aku. Malah kadang-kadang dorang anggap aku ni macam lelaki. Ampes.com !!

Tiba-tiba terlintas difikiran nak tanya bro-S. Kenapa dia ? Tiada jawapan untuk soalan tu. Serta merta tinggalkan kerja mengemas aku dan ambil BB. Mulanya aku takut juga nak tanya. Yelah soalan begitu rasanya terlalu peribadi untuk ditanya. Dengan penuh diplomasi (kununnya) aku pun buzz dia. Alhamdulillah dijawap dengan baik. Sumpah, aku sebenarnya serba salah serta takut nak tanya.

Diantara jawapannya: Kekasihnya mempunyai perwatakan yang berbeza dibandingkan dengan isterinya. Bukan sebab tidak sayangkan isteri tapi inginkan kelainan. Oh begitukah?

Walaupun aku agak terkedu dengan jawapannya tapi aku hargai jawapan jujur yang diberikan. Dan adakah semua lelaki/wanita yang mempunyai kekasih gelap berfikiran begitu?

Dan aku bertanyakan soalan seterusnya. Yelah alang-alang dah tanya, teruskan je le dengan segala yang menjadi teka-teki difikiran aku selama ni. Bagaimana dia mengawal perasaannya selama ni. Katanya buat masa ni masih boleh bertahan walaupun, bila malam terutama hari khamis dan jumaat dia mengelak untuk menghubungi kekasihnya sebab tidak sanggup memikirkan kekasihnya dapat bersama suaminya dan tidak dia.

Sekali lagi aku terkedu (berapa kali nak terkedu ntah) dan aku membalas yang kekasihnya juga akan berfikiran begitu. Dia agak tidak percaya dengan kata-kataku. Tapi aku tahu sebabnya aku pun perempuan. Malah mungkin kekasihnya akan berifikir lagi lebih darinya sebab selalunya perempuan memang lebih keratif fikirannya dalam hal macam ni berbanding lelaki.



Y 4:10 PM


PART I


Disaat aku menaip ni hati aku pedih. Pedih macam ditusuk sembilu. Aku tidak tahu macamana hendak menggambarkannya tapi yang pasti ianya amat menyakit. Aku fikir aku sudah boleh mengatasinya sejak malam tadi, rupanya hari ni lagi menyakitkan.

Sedangkan semalam aku boleh keluar dan bergelak ketawa bersama-sama dengan kembo; pergi beli DVD dan melepak makan durian. Baru baik demam dah melantak durian. Sabar je ler.

Dan aku juga gembira sebab cina kedai DVD tu masih kenal aku. Dia boleh kata eh amoi u sudah pakai tudung ye. Seronok sebab hampir setahun aku tak pergi ke situ dan sudah bertudung tapi dia masih mengenali aku. Itu antara orang2 yang masih ingat aku le. Sebab kebanyakkan tempat yang aku selalu pergi, orang akan ingat walaupun tak ingat nama. Aku pun selalu lupa nama orang. Ihiks

Tapi nampaknya kegembiraan aku tu hanya seketika. Dari pagi lagi aku sangat-sangat tidak stabil. Puas menahan airmata dari mengalir. Kunun sibukkan diri dengan kerja dan twitter/ym/bbm (ye aku boleh buat memacam perkara dalam satu masa) tapi masih tidak berjaya mengusir segala kepedihan yang aku alami.

Disaat aku mentweet copy-paste quote, hati aku makin dirobek-robek rasanya. Lagi teruk jadinya bila aku baca tweet yang dihantar oleh my-baby. Ye dia dah block aku tapi memandangkan twitter dia tak private, begitu juga aku, maka aku masih boleh baca apa sahaja yang ditweet olehnya.

The grass is always greener as seen from a distance. You will not discover its true color until you stepped on it.

Kata-kata quote tu seperti menusuk aku. Orang kata siapa makan cili, dia terasa pedasnya. Yelah takkan nak rasa manis laks kan ? bukannya makan gula. Walaupun dia takde tujukan untuk sesiapa tapi aku rasa macam dia nak tujukan untuk aku.

Ye, aku bersalah menghamburkan kata-kata begitu padanya. Sedangkan aku sayangkan dia. Tapi 10 pesanan yang aku hantar, aku rasa agak mengecewakan dia dan mungkin juga merobek hatinya. Tapi aku buat macam tu sebab aku sakit hati dengan kata-kata tweetnya, MY loved ones is right that ppl like you for what you have and not for what you are! Terasa macam satu tamparan buat aku. Macam aku sayang dia selama ni disebabkan harta kekayaannya. Sedangkan aku tak pernah tahu apa bisnes dia buat, apa kerjanya. Tidak pernah tahu langsung. Bukan tak pernah tanya tapi dia memang tidak akan jawap. Jadinya baik aku diam je.

Cuma bila dia mengadu penat atau agak stress dengan mesyuarat dan kertas kerja serta sebagainya, aku sekadar bagi ayat yang boleh membuatkan dia ceria. Dan begitu juga aku, bila agak tertekan dengan kerja, dia akan cuba menenangkan aku dengan ayat-ayatnya. Tapi ayat dia memang jauh lebih baik dari ayat aku. Kenyataan.






Sunday, March 27, 2011 Y 10:01 PM


I loved you then I love you now, I love you still, always have always will ♥


18 march 2011 kata-kata tu diucapkan. dan kini hanya tinggal kenangan.





That girl.

Darling LD
Complicated is my middle name

Loves <33