<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7266948855823103434?origin\x3dhttp://coretandarlin.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Wednesday, April 6, 2011 Y 4:41 PM


Kadang2 bila lelaki/suami ni ada perempuan lain kat luar, jangan salahkan lelaki aje.. KEBANYAKAN nyer perempuan tu yang gatal..miang..gelenyar.. DESPARATE!! Dah tau dah laki tu suami/tunang/Bf orng wat pe kau nak getik geletah gitu??? Lelaki umpama KUCING yang di beri IKAN depan mata.. tak kan dia nak lepas gitu!! Fikir2kan lah!!

Aku terbaca kata-kata tu masa bukak FB aku yang dah bersawang. Kalau tak disebabkan nak tengok pic karaoke hari tu, jawapnya aku tak bukak gaks le (gambo hodoh - tak suka!)

Ye kalau sekali baca macam tak ada apa. macam ayat biasa kalau marahkan perempuan yang gediks nakkan hak orang. Ye bagi yang tidak tahu apa-apa dan siapa perempuan yang meletakkan status begitu diFB.

Tapi bagi aku yang kenal sangat perempuan tu, malah hampir keseluruhan ceritanya aku tahu, bila aku baca, aku hanya tersenyum. kata-kata yang seperti ditujukan pada diri sendiri. bukan pada aku tapi pada dia.

sedangkan dia juga tergolong dalam perempuan yang merampas hak orang. malah sejak dia putus tunang, yang menjadi skandal atau bf dia semuanya suami orang. dan kini yang menjadi suaminya juga suami orang. malah ketika kenal tu, lelaki tu mempunyai dua orang isteri. kini lelaki tu dah ceraikan salah seorang isterinya. dan dia juga berkahwin tanpa pengetahuan keluarga. jadi bila baca status macam tu, aku rasa macam dia tempelak diri sendiri.

dan pastinya memang berkaitan dengan suaminya. dari sebelum kahwin, suaminya mempunyai ramai kawan perempuan. malah flirt sana-sini. dia juga tahu bukannya tak tahu. tapi demi cinta, nak juga lelaki tersebut walaupun berbuih dan nak muntah menasihati serta mendengar segala keluhan dia.

ye aku memang tempat dia melepaskan segala rasa sedih dia. tapi bila dia gembira, aku agak dilupakanlah. malah kalau aku mengadu pun ibarat mencurah air didaun keladi. tak apalah.

bagi aku nak cakap tu berpada-pada le. kena juga fikirkan keadaan sekeliling juga kekadang tu.


ps: harap aku tidak akan mengeluarkan kata-kata yang akan memakan diri aku sendiri :)


Tuesday, April 5, 2011 Y 12:54 PM


semalam aku berkesempatan menonton Teater Muzikal Lat The Kampung Boy. Patutnya aku pergi dengan Lynn tapi disaat akhir dia kena out-station maka aku pergi sesorang je. Tak mendatangkan masalah pada aku sebabnya kalau tengok wayang pun aku boleh je pergi sesorang.

Bukan aku tak cuba ajak orang lain tapi kebanyakkannya sibuk. Jadinya aku pergi je le sorang *sebenonya patut abang aku ikut tapi dia tak datang - menahan diri dari nak marah*


Gambar ni aku ambil dari tingkat atas sementara menunggu. Disebabkan aku sesorang jadinya tidak ada rasa nak ambil pelbagai gambar di bawah. Sedangkan banyak lagi gambar yang ada. *kes mood tak ok*

Dah le aku sepatutnya berehat di rumah sahaja - atas nasihat doktor. Tapi tiket Lat ni sudah dibeli. Kalau tak pergi rugi le plak nanti kan? Jadinya gagahkan diri untuk memandu ke IB. Alhamdullilah jalan tidak TERlalu sesak. Tak sampai setengah jam aku sudah sampai di IB :)


Memang tak rugi datang menyaksikan teater muzikal Lat ni. Sungguh menghiburkan. Malah rugi siapa yang tidak pergi. Mulanya aku tidak TERfikir nak pergi tengok pun. Yang awal mencadangkan pada aku, errr mengusulkan pada aku ialah my-baby. Cuma cadangannya itu agak berat nak diterima sebabnya akan pergi bersama dengan Mrs.my-baby. *kerja gila*

Selepas tu banyak lak review yang aku baca yang mengatakan sangat best teater muzikal ni. Malah hampir setiap hari penuh! Dasyat sungguh.

Kemudian Lynn pula yang bagi ide ni. Aku ok je le. Mulanya kami patut tengok pada 1 April 2011 tapi disebabkan ada silap komunikasi maka tarikh ditunda ke 4 April 2011. Dan malangnya Lynn tetap tidak dapat menyaksikannya. *pity u girl*


Kelakar! Itu yang boleh aku katakan. Malah makcik yang duduk sebelah aku ketawa TERbahak-bahak. Awie dalam teater ni pun nampak comel je. Dengan gaya bersahaja dia berjaya membawa watak Lat dengan baik. *bagi pendapat aku le*

Malah Cikgu Hei dengan sanggul tingginya tu pun comel. "Do what we love, Love what we do"

Oh ya, Datuk Lat pun ada semalam. Tapi aku tak tunggu pun untuk bergambar dan autograph dengan dia. Sebabnya aku dah kelaparan tahap cipan. Habis je segera keluar dan ke kereta dan pecut mencari makanan. dah le kedai char kee tiaw kat IB tu tutup semalam. ampes.com betul.

Aku sangat puas hati dengan teater ni. Ohh aku rasa aku dah makin gila dengan teater kebelakangan ni. Tak tahu nak kata happy ke tak dengan perubahan ke arah teater ni :)






That girl.

Darling LD
Complicated is my middle name

Loves <33