<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7266948855823103434?origin\x3dhttp://coretandarlin.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Thursday, March 31, 2011 Y 3:03 PM


Ada satu tanda tanya yang bermain difikiran aku. Ini bukanlah kata-kata dari my-baby. Sudah tentulah tidak. Memandangkan dia pun senyapkan diri dari aku sekarang ni. *sedih* Kata-kata ni dari salah seorang rakan twitterku.

Strong, independent and proud. Words you use to describe yourself! So be that will you!

Rasanya aku tidak pernah langsung cakap macam tu dengan dia.

To tell you the truth! I think I did! By not talking to you as much as I use to do! I feel guilty about this!

MrG memang jarang bersembang dengan aku, walaupun dia ‘online’. Lagipun sudah agak lama dia tidak menyapa aku. Kalau ada pun aku yang sapa dia tapi itu pun hanya 1-2 tweet sahaja.


How could I dear! Its just that I don't want you to get hurt! if for some reason I am unable to continue the way I did!

How can you survive in such condition? Do you really have to live alone? Why not with your mother?

Kenapa pula aku akan terluka? Kalau sebagai kawan, salah ke bertegur sapa? Dan dari mana dia tau aku hanya ada mak? Bukan semua orang aku bercerita pun. Bukan ke kalau tak nak bagi aku duduk sesorang, dia boleh taip ‘parents’. Sebenarnya banyak lagi kata-katanya dari dulu yang menjadi tanda tanya aku. Malah ada antara puisinya tu pun pernah menjadi persoalan buat aku. *banyaknya le persoalan. Macam tak ada kerja laks*

Dan lagi, yang menjadi tanda tanya aku, setiap kali aku dalam kedaan sedih mrG macam tahu je aku tengah sedih. Dulu pernah masa tu aku dan my-baby ambil keputusan untuk berdiam diri seketika. Dan mrG ni macam tahu2 sahaja aku sednag bersedih. Sedangkan masa tu aku tak tulis apa-apa pun kat ‘timeline’.

Bila aku tanya dia kata hanya tekaan rambang. Pergh! Terernya kau membuat tekaan rambang sedangkan orang lain yang rapat pun tak tahu. Dan ketika itu setiap kali dia ‘online’ dia akan bertanyakan keadaan aku.

Oh, ya! Keduanya memang menggunakan English bila berbual dengan aku. Dan keduanya mempunyai English yang sangat bagus. Aku je le yang ampes.

Namun yang menambah persoalan aku, bila satu hari mrG tweet aku dan kata tahu apa yang aku buat seharian tu. Aku tanya dari mana dia tahu. Dia kata dia baca ‘timeline’ aku. Dan sekali lagi aku keliru sebabnya seharian tu tweet aku menggunakan bahasa melayu. mrG penah mengaku yang dia tidak tinggal di Malaysia. Katanya jarak waktu 4 jam dari Malaysia. Tapi kadang-kadang tu pagi-pagi dia dah tweet aku. Takkan pukul 4-5 pagi kau dah bangun. Mungkin juga, lah.

Dan selalunya bila mrG tweet aku, my-baby akan diam. Kalau ada pun jawapannya agak lambat. Adakah mereka sebenarnya orang yang sama ? aku pernah tanya tapi seperti biasa tiada jawapan. Banyak lagi yang menjadi tanda-tanya tapi aku malas nak menghuraikannya.



Ps : sekarang ini aku dah jadi rajin nak mengemaskini blog. Kalau dulu bersawang je le. Dan ada juga orang tanya, kenapa pasal my-baby tu baru2 ni sahaja baru ada. Sebabnya sebelum ni aku malas nak menaip / copy-paste.





That girl.

Darling LD
Complicated is my middle name

Loves <33