<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7266948855823103434?origin\x3dhttp://coretandarlin.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Wednesday, March 2, 2011 Y 9:04 AM


Aku tahu dah lama aku tak update. Bukannya tak ada cerita tapi selalunya aku menaip separuh jalan dan tak menghabiskan apa yang aku ingin ceritakan. Dan akhirnya cerita tu berkubur kat dalam folder draft sahaja.

Semalam, eh bukan semalam sebenarnya, awal pagi tadi, kira-kira jam 12 lebih pagi, aku mendapat ucapan “I love u”. aku tak tahu nak rasa gembira atau sedih atau takut sebenonya. Walaupun ketika membaca ayat tersebut, ada satu rasa yang menarik. Eh menarik ke apa ntah. Aku sendiri keliru.

Sedangkan sehari sebelum tu aku terasa macam bestnya kalau ada orang yang ucapkan tiga patah perkataan itu padaku. Tapi bila dia dah ucapkan, aku laks yang tak tahu nak jawap apa.

Aku sebenarnya takut akan terluka lagi. Lagipun aku tidak pernah jatuh cinta dengan orang yang aku tak pernah jumpa. Tapi aku juga tidak boleh menipu diri aku. Yang aku juga ada satu perasaan lain dengan dirinya. Apa yang aku patut buat?






That girl.

Darling LD
Complicated is my middle name

Loves <33