<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7266948855823103434?origin\x3dhttp://coretandarlin.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Saturday, March 26, 2011 Y 8:33 AM


gambar hiasan dari deviantart




Aritu jejalan dengan mum. Pertama kali pergi ke situ. Luas jugak tempatnya. Dalam aku tak sihat tu boleh lagi merayap sana-sini. Disebabkan kat situ ala2 macam nilai tiga (mum cakap macam tu)

Masuk kedai tudung, masuk kedai jam, masuk kedai beg. Segala kedai le kalau boleh nak masuk. Masa masuk salah-satu kedai bag, amoi tu sibuk le suwuh aku beli beg LV. Aku tak minat pun. Sebab memang nampak sangat tiruan. Lagipun aku lagi rela pakai beg tak ada jenama dari nak pakai beg macam tu. Sebab bukan apa, orang tau sangat tiruannya.

Lepas tu bila amoi2 tu sibuk2 gaks rekomenkan beg LV tu aku kata, tak nak lah. Mana ada ori tali putih color macam ni. Dia bleh jawap, ini leather maaaa.. nanti lama-lama u pakai tukar color le. Aku, like hellooOoo! Mana ko blaja leather tu tuko color sesuka hati? Aku terus kelaur dari kedai tu. Iskh sabo je le.


Tadi mengisi masa rehat aku, aku ke JJ Cheras Selatan. Kerap sangat pergi sini. Sampaikan adik yang jual tudung/selendang tu pun dah kenal aku. Aku tak ada apa nak beli pun. Tapi setiap kali singgah kedai adik tu, aku akan beli selendang. Lagipun dia akan kurangkan harga. Kes sebab bila pergi, bersembangnya berjam-jam. Tapi itu untungnya pulak.

Aku memang gila mengumpul selendang sekarang ni. Boleh katakan ada je selendang aku beli. Tapi tempat yang paling murah, kat Plaza GM, Klang. Nanti nak pergi situ dengan adik aku laks. Eh eh aku nak cerita pasal bag bukan selendang.

Pusing2 kat JJ tapi tak tahu nak beli apa. Sale. Orang tak ramai pun. JJ Cheras Selatan memang selalunya tak ramai orang. Bukannya tengah-tengah KL yang semua orang nak berpusu ke shopping complex kan?

Masa aku nak keluar JJ, tup2 dengar pengumuman, happy hour. Selalunya aku buat tak tahu je sebabnya kalo kat KL, habis cakap je, orang dah penuh kerumun. Macam ulat taik. Opsss!

Disebabkan ni macam boleh menyelit, so aku pun selit sama. Mak ai 80% tu.. yang harga seratus lebih tinggal beberapa puluh ringgit je. Pergh ! jakun japs aku dibuatnya. Aku pun sibuk sama dok tarik sana tarik sini. Tapi yang sebenonya aku lebih sibuk tengok yang kat tangan orang2 lain. Mak ai banyaknya dorang ni amik. Ada tu sampai 4-5 bijik sekaligus. Jeles laks aku tengok cantik2 beg tu. Yelah orang sibuk mencari aku sibuk menengok.

Tapiiiii.. tapiiiii.. aku berjaya juga cilok 2 bijik. Iskh iskh ! jenis tak tahan dugaan sungguh. Dah le gaji lambat lagi.. arghhhhhhh.. ni masalahnya kalau hati memang nak beli beg. Sedangkan aku cari beg color merah.

Sila rasa bersalah disulami dengan gembira. Lagi satu bila tengah tensen, memang bahaya kalau pergi shopping complex. Rasa semua benda nak dibeli :(






That girl.

Darling LD
Complicated is my middle name

Loves <33