<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7266948855823103434?origin\x3dhttp://coretandarlin.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Monday, March 28, 2011 Y 4:12 PM


PART II

Semalam disebabkan tak nak fikir dan ingat akan rasa bersalah disebabkan bertalu2 pesanan dihantar pada my-baby dan akhirnya kena block, aku mengemaskini bilik pakaian aku. Lagipun aku perlu mengeluarkan peluh supaya akan rasa lebih sihat. Berhari-hari aku demam dan tidak berpeluh.

Dalam huru-hara aku berkemas, tiba-tiba satu soalan bermain-main difikiran aku; Apakah sebenarnya yang dicari oleh orang-orang yang sudah berkahwin dalam hubungan satu lagi. Dalam erti kata lain, kenapa perlu mereka mempunyai kekasih sedangkan sudah mempunyai keluarga yang bahagia.

Aku pernah tanya kawan-kawan masa di pejabat lama. Ye ada dikalangan mereka yang mempunyai kekasih gelap tapi jawapan yang mereka bagi, hanya untuk mengisi masa lapang. Opss macamana aku boleh selamba je tanya ? sebabnya mereka tu memang rapat dengan aku. Malah kadang-kadang dorang anggap aku ni macam lelaki. Ampes.com !!

Tiba-tiba terlintas difikiran nak tanya bro-S. Kenapa dia ? Tiada jawapan untuk soalan tu. Serta merta tinggalkan kerja mengemas aku dan ambil BB. Mulanya aku takut juga nak tanya. Yelah soalan begitu rasanya terlalu peribadi untuk ditanya. Dengan penuh diplomasi (kununnya) aku pun buzz dia. Alhamdulillah dijawap dengan baik. Sumpah, aku sebenarnya serba salah serta takut nak tanya.

Diantara jawapannya: Kekasihnya mempunyai perwatakan yang berbeza dibandingkan dengan isterinya. Bukan sebab tidak sayangkan isteri tapi inginkan kelainan. Oh begitukah?

Walaupun aku agak terkedu dengan jawapannya tapi aku hargai jawapan jujur yang diberikan. Dan adakah semua lelaki/wanita yang mempunyai kekasih gelap berfikiran begitu?

Dan aku bertanyakan soalan seterusnya. Yelah alang-alang dah tanya, teruskan je le dengan segala yang menjadi teka-teki difikiran aku selama ni. Bagaimana dia mengawal perasaannya selama ni. Katanya buat masa ni masih boleh bertahan walaupun, bila malam terutama hari khamis dan jumaat dia mengelak untuk menghubungi kekasihnya sebab tidak sanggup memikirkan kekasihnya dapat bersama suaminya dan tidak dia.

Sekali lagi aku terkedu (berapa kali nak terkedu ntah) dan aku membalas yang kekasihnya juga akan berfikiran begitu. Dia agak tidak percaya dengan kata-kataku. Tapi aku tahu sebabnya aku pun perempuan. Malah mungkin kekasihnya akan berifikir lagi lebih darinya sebab selalunya perempuan memang lebih keratif fikirannya dalam hal macam ni berbanding lelaki.






That girl.

Darling LD
Complicated is my middle name

Loves <33