<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7266948855823103434?origin\x3dhttp://coretandarlin.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Friday, March 25, 2011 Y 10:35 AM




Petang rabu hari tu, tetiba dapat jemputan join 1 group BBM. Aku ni jenis yang akan klik je. Kalau tak ok, kemudian baru kanselkan.

Sebenarnya group ni kesinambungan daripada twitter, geng-geng #GN. Walaupun aku tak pernah join twtup yang dianjurkan. Lagipun aku baru je join #GN. Kena ambil masa sedikit kutz :) Malah nak kata berbual mesra ditwitter pun tidak. Sekadar menyamuk apa yang perlu atau sekadar ucapan selamat pagi. Tapi bila join group GNBBM ni, aku rasa aku lah yang paling banyak menaip. Kalau ada pertandingan menaip, pasti aku akan menang. Silap2 boleh hatrik hehehe.

Hari pertama tu sampai 4 pagi tak tido bersembang dekat GNBBM. Lenguh jari jemari aku menaip. Tu belum campur melayan twitter. Kalau ikutkan nak je sampai subuh tapi disebabkan aku kena gaks tido japs, so berhenti le. Nanti lemau laks nak pergi kerja.

Aku suka buat perangai gila-gila macam tu. Bukan le maksud aku ni jenis yang tak serius. Ikut pada topik le kan. Lagipun ni je cara aku nak rasa gembira. Selain boleh melupakan seketika kepedihan yang aku alami. Masalah yang tidak tahu bila akan selesainya. Hmmm

Cuma malam tadi aku memang tak larat sangat. Bukan sahaja GNBBM aku tak menaip, twitter pun tidak. Awal-awal sebelum isyak tu je. Lepas tu aku tido. Kes demam tapi degil tak nak makan ubat. Padan muka sendiri le kan.

Tapi terfikir juga, agak-agaknya orang menyampah tengok aku je yang ada sepanjang masa kat GNBBM. Balik-balik si L ni je menaip. Macam tak ada kerja laks kan. Pastu suka hati dia je nak kata apa. Bagi aku kena jadi diri sendiri le kan. Takkan nak taip sopan santun / ayat sastera baku laks. Aku pun pening nanti. Selagi aku rasa aku tak memaki hamun, kira oklah tu. Ke sebenarnya dorang tak ok pun? *fikir tetiba*

I heart GNBBM :)






That girl.

Darling LD
Complicated is my middle name

Loves <33