<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7266948855823103434?origin\x3dhttp://coretandarlin.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Tuesday, March 29, 2011 Y 11:48 AM


Sebenarnya aku nak sambung part III ni semalam. Tapi dak-california dekat pejabat ni asyik datang tempat aku je. Ada je benda yang dia nak. Sampaikan nak dengar/tengok youtube dangdut pun aku yang kena buka. Sabar je le aku. Opss dia bukan dari California tapi dia disebabkan dia suka cakap English ikut sempat dia dan ada antaranya orang tak paham pun, jadi dia kata “orang california ulu memang cakap lain sikit”. Jadi dapat le gelaran “dak-california” dari aku. Aku suka melayan dia sebab boleh gaks le buat aku gembira dengan perangai gila-gila dia tu.

Dan hari ni, aku dah hilang idea apa yang hendak aku blogkan. Tapi aku masih perlu luahkan apa aku rasa supaya tak tertekan sangat. Kadang-kadang tu aku suka tulis atas kertas, lepas tu aku shred. Memang macam membazir tapi sekurangnya lega sikit. Dulu-dulu aku ni jenis yang tak tahu nak meluahkan masalah kat orang. Jadinya orang selalu fikir aku ni gembira sepanjang masa. Sedangkan Tuhan je tahu apa yang aku rasa. Sekarang pun aku buat-buat je gembira tapi…..

Berbalik pada cerita mempunyai hubungan dengan orang yang sudah berkahwin; Aku memang tidak terlalu hairan dengan orang yang mempunyai hubungan luar ni. Bukan sebab aku pun termasuk dalam golongan tersebut tapi sebabnya macam dah satu perkara yang biasa sekarang ni. Dan bukan juga sesuatu yang baru pada aku.

Ya aku akui aku memang barada dalam hubungan yang sangat-sangat sukar. Tapi bukan atas pilihan aku. Tipu le kalau aku sengaja nak menyusahkan hidup aku. Tapi kalau cuba elak macamana pun tadi tetap juga ‘milik orang’ yang datang, bukanlah perkara yang senang untuk menidakkanya. Pulak-pulak kalau sesorang itu sangatlah ‘sweet’. Bukan ‘sweet’ muka. Itu dah macam adik-adik lak. Maksud aku dari segi perlakuan, percakapan dan sebagainya.

Pengakuan bro-S agak mengejutkan aku juga. Tidak pernah terlintas difikiran aku yang orang sepertinya akan mempunyai kekasih gelap. Kekasih gelapku? Ohhh aku benci lagu tu. Sejak-sejak aku dengan my-baby, selalu sangat keudara di radio. Macam nak perli aku je.

Aku ingatkan kisah cinta dengan suami orang ni dah tamat lama dalam hidup aku. Rupanya tidak. Sampaikan aku terfikir apa yang aku buat sampaikan suami orang suka aku. Masalahnya bukan sorang. Ingat seronok ke? Memang le seronok bila ada orang suka tapi kalau orang tu suami orang, bukan sesuatu yang menyeronokkan. Sangat-sangat tidak menyeronokkan!

Ada orang tanya apa yang membuatkan aku tertarik dengan my-baby. Tak ramai yang tahu tapi mana-mana yang tahu, akan tanya soalan yang hampir sama. Sebabnya dorang tahu aku bukan jenis yang akan senang-senang jatuh hati. Tapi kalau anuar zain, memang sedetik lebih terus suka hehehehe.

Secara jujur my-baby bukanlah mempunyai kateria lelaki yang aku suka. Bukan aku nak bandingkan dari segi rupa paras, tapi dari segi fizikal. Aku lebih sukakan lelaki yang berisi. Tapi my-baby slim/kecil je orangnya. Namun itu bukan alasan untuk membencinya sebab aku dah suka dia dari sebelum aku jumpa. Ok bunyinya gila. Dan bukan aku juga yang akan suka pada orang yang tidak dikenali. Setakat kawan-kawan tu takpelah tapi kalau lebih dari kawan aku lebih suka berdepan dulu.

Tapi kadang-kadang yang bukan menjadi kebiasaan tu yang akan terjadi. Seperti le aku dan my-baby. Hari aku macam tak lengkap kalau tak bersembang dengan dia. Rasa tak puas hati kalau tak Nampak perkataan “sweetheart, sweetie, darling, dear dan sayang”. Memang aku cuba menafikan perasaan aku pada awalnya. Tapi makin cuba makin aku suka dan sayang padanya.

Apa yang aku rasa tu ibarat membunuh diri aku sendiri. Sedangkan aku sudah berjanji pada diri aku yang aku tidak mahu jatuh cinta dengan sesiapa untuk tahun ini. Kelukaan aku masih belum sembuh sepenuhnya. Masih pedih. Dan rasanya aku tak sanggup nak menambah kepedihan itu lagi dan lagi.

Benarlah kata orang, kita mampu merancang dan Tuhan yang menentukan segalanya. Dalam aku menahan serta menafikan perasaan padanya, aku jatuh hati! Indah. Lain dari yang lain. Ye ye kalau dah suka semuanya indah. Eh tidak! sebabnya aku tidak senang-senang untuk berjumpa. Tapi bercinta di dunia maya juga indah.

*tarik nafas* ohhh ada pedih yang datang. Segala yang indah kini hanya tinggal kenangan. Salah aku kah? Atau salah keadaan. Aku memang tidak mampu untuk melupakannya. Malah tiap kali aku solat, bayangan dia pasti menerpa. Sedangkan diwaktu lain, aku susah laks nak terbayang.

Berhenti dahulu.


I still have feelings for you. And no matter how many times I tell myself that I'm better off without you, you still own part of my heart






That girl.

Darling LD
Complicated is my middle name

Loves <33