<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7266948855823103434?origin\x3dhttp://coretandarlin.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Monday, April 18, 2011 Y 12:58 PM


Bahasa jiwa bangsa. Dulu aku tak ambil peduli pun cogankata tu. Tiada sebab cuma aku memang tak ambil peduli.

Dan pagi ni aku teringat pada satu peristiwa. Ada seseorang yang mengatakan bahasa melayu aku tidak bagus. Ye ke? Jika dibandingkan dengan dia, rasanya bahasa aku jauh lebih bagus. Bukan maksud nak mendabik dada (sakit oOoo) tapi jika dibaca dari gaya dia menaip, orang boleh banding siapa yang lebih bagus.

bru jer spi...

npe...?

rni u kmne...?

Sebenarnya dia agak bengang sebab aku marah-marah dia. Kesnya bermula sebab dia ajak aku keluar. Dan aku menolaknya. Aku kata mood aku tak berapa ok dan malas nak jumpa sesiapa pun. Dia kata apa gunanya kawan. Aku hargailah kata-katanya tapi cuma aku tak selesa nak keluar dengan dia dalam keadaan mood aku yang ala-ala tsunami.

Dalam sibuk ajak aku keluar, dia pun dah ada pelbagai aktiviti. Katanya asalkan dapat jumpa aku kejap dan mengembirakan aku cukuplah. Bagi aku kalau setakat tak sampai sejam, dan aku kena bersiap dan memandu ke sana, baiklah tak payah. Nak gembirakan tak payah jumpa pun boleh.

Biarpun aku dah menolak dengan baik, dia masih juga sedaya upaya nak jumpa dengan aku. Sampailah satu tahap dia sibuk tanya aku nak kemana. Sebab masa tu aku kata aku nak keluar. Dia bising-bising bila aku tak nak beritahu kemana aku pergi. Masa tu aku dah mula angin. Yelah kau kata nak gembirakan aku tapi ni dah menambahkan tekanan aku.

Disebabkan aku dah mula rasa marah, aku park kereta ditepi jalan. Dan aku menaip segala apa yang aku rasa. Dia macam terkejut dengan tindakan aku tu. Disebabkan aku memang agak jengkel dengan ejaan bahasa melayunya, maka aku menaip dalam English. Ye English aku pun tak bagus mana tapi aku geram. Disamping tu aku melepaskan amarah aku ditwitter. Aku tahu dia akan membacanya sebab dia follow aku.

Dan benarlah seperti yang aku fikirkan, dia baca segala apa yang aku tulis. Walaupun aku marah dia diBBM tapi tak adalah aku gunakan “F word”. Tapi walaupun tanpa “F-word”, aku tahu dia terasa bisanya kata-kata aku.

Ditwitter kami saling bertweet tapi tanpa mention nama masing-masing. Dan katanya bahasa melayu aku tidak bagus. Kunun nak kata dia tak paham bahasa melayu aku jadinya tu terjadi salah paham. Tapi setahu aku, dalam BBM tu aku menaip English. Jadi, kau pun tak paham bahasa English? Ataupun memang dasar bengap tapi tak nak mengaku. Ego!

Dan selepas kejadian itu, hubungan aku jadi hambar dengan dia. Aku tak kisah sangat sebabnya aku tak suka orang yang suka paksa-paksa aku ni. Bukannya suami atau kekasih aku yang nak paksa-paksa.

Silap oranglah dia nak ajak bergaduh. Malah silap orang juga kalau nak berlawan kata-kata. Walau apapun akhir bergaduh tu aku ada minta maaf. Terpulang pada dia nak maafkan ke tidak. Aku tak peduli. Sebab bukan salah aku. Dan dia, langsung tak minta maaf. Fikir bagus?

Sebab itu aku tak suka orang yang eja perkataan entah apa-apa. Yang kekadang tu kena fikir banyak kali apa dimaksudkan. Kalau di SMS mungkin aku paham nak dipendekkan, tapi kalau ditwitter, FB, blog, nak ringkas dengan shortform yang tak standard membuatkan aku jadi menyampah.

Dan aku akan jadi lemau sikit nak melayan orang macam ni. Kalau aku tak paham, aku memang akan abaikan je. Ada setengah perkataan aku boleh le terima tapi kalau melampau sangat, aku abaikan je.

Lagi menyampah kalau menaip blog pun nak guna ringkasan yang entah apa-apa. Alehai~

Bukanlah nak kata aku bagus sangat, tidak! Aku pun masih membaiki bahasa aku sendiri. Tapi seteruk-teruk aku tidaklah seteruk orang lain yang menjahanamkan sampai orang pun susah nak faham. *kes kunun aku nak betul gaks. ngeeee*



ps: aku terasa macam nak menaip memacam hari ni. macam tak nak berhenti ide dalam kepala-otak aku ni. iskh! macam tak ada kerja laks kan.







That girl.

Darling LD
Complicated is my middle name

Loves <33