<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7266948855823103434?origin\x3dhttp://coretandarlin.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Friday, April 1, 2011 Y 10:07 AM


hari rabu hari tu, selepas habis meeting aku segera merempit ke JJ Cheras Selatan. Dah le meeting habis agak lambat, nak kejar masa untuk movie ni lagi. ohhhh sangat mencabar. *kununnya. sedangkan memang suka merempit pun*

Aku sebenarnya dari awal cerita ni keluar dah TERfikir nak pergi tengok. Tapi seperti biasalah setahun dua ni aku jadi lembab/lemau nak ke pawagam. Tak tahu apa sebabnya. Sedangkan banyak cerita yang best-best ditayangkan. Agaknya sejak-sejak aku seperti jatuh cinta dengan Istana Budaya, pawagam tu jadi malas. *ayat poyo tak hengat*

Dan aku juga bukanlah pengemar cerita-cerita melayu ni. Bukannya apa, selalunya bila aku tengok, akan mengecewakan aku. Tak pun aku akan sibuk-sibuk tanya, "kenapa macam tu", "ehh bukan macam tu" dan segala macam "eh" akan keluar. Jadinya baik aku tak payah tengok. Tunggu je keluar kat astro/TV. Dan selalunya pun TERlepas nak tengok. hehehehe

Sudah tentu le aku melayu. Bukan tak bangga pun jadi melayu cumaaa... *reserved my comment(s)*

Selepas agak kecewa menonton Merong Mahawangsa, aku jadi malas nak ke pawagam semula. Ye memang orang kata cerita MHH tu best tapi bangi aku tidak. Antara Merong Mahawangsa dan Queen of Langkasuka, aku lebih suka Queen of Langkasuka. (macamana Thailand boleh buat cerita kisah Melayu Kedah lebih bagus dar rakyat Malaysia?)

Tapi bila baca tweet BroS mengatakan cerita ... dalam botol ni berbaloi untuk ditonton, itu yang menyebabkan aku ke pawagam gaks. Kalau DVD keluar awal, aku beli DVD je. Tapi cerita melayu ni DVD lambat.

Dan ye, cerita ... dalam botol tu berbaloi. Selain cerita tu macam tak cukup lampu, yang lelainnya ok. Malah dialog dan juga jalan ceritanya tidak keterlaluan. Sampaikan aku rasa macam tak puas laks. erRr dorang akan buat part 2 ke nanti ye?


ps: aku tak paham kenapa tak kekalkan tajuk "anu dalam botol". sedangkan 'anu" tu digunakan sebagai pemboleh ubah dalam matematik tambahan. itu le otak asyik fikir 18sx je. mana nak maju!





That girl.

Darling LD
Complicated is my middle name

Loves <33