<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7266948855823103434?origin\x3dhttp://coretandarlin.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Monday, April 18, 2011 Y 1:30 AM


_________________________________________________

I've been involved in something which was chaotic and insane.

Bukankah hidup sememangnya rumit. Terutama hidup aku. Kalau tak rumit bukan akulah namanya. Tapi itu yang membuatkan hidup lebih indah. Bukan? *aku peduli apa kalau tidak pun*

Disebabkan aku nak melalikan diri dari kesedihan, aku terfikirkan perkara lain. Sebenarnya tak banyak beza pun. Dan rasanya kalau terkantoi pun tetap sama juga natijahnya. Tapi dari aku terusan menagisi segala apa yang terjadi bukankah aku berhak untuk merasa kebahagian atas jalan yang aku pilih sendiri? Tidak? Aku tak kisah pun.

Ye jalan yang aku pilih sebenarnya sama je akan menyakiti diri aku. Tapi bila kita tahu apa yang kita buat, maka akan ada sempadan yang akan diletakkan. Dan sekurangnya aku tidak akan terlalu sakit dengan keadaan yang bakal berlaku.

Apakah beza bercinta dan skandal? Sama je bukan? Tapi bagi aku ada bezanya. Kalau tidak pada diri orang lain tapi aku bagi aku memang ada perbezaannya. Bagi aku cinta dah mati dalam hidup aku. Dah pernah mati satu ketika dulu dan bila hidup kembali, mati buat sekelian kalinya. Dan aku tak rasa akan hidupkan perasaan itu dalam masa terdekat ni.

Ada orang kata apa sangatlah putus cinta. Ye bagi yang tidak mengalaminya seperti apa yang aku alami. Dan tidak perlu juga aku bercerita sepenuh kisah hidup aku bukan?

I like you because you are beautiful.

I like you because you are sweet.

I like you because you are smart.

I like you because you are intelligent.

Dan segala macam pujian lagi yang aku terima. Seronok? Tak pun. Sebabnya untuk apa pujian tu kalau aku tidak bahagia pun. Untuk apa aku cantik kalau aku masih juga keseorangan. Untuk apa segala perkara itu kalau aku masih macam ni.

Bukan aku tak bersyukur. Ye aku bersyukur dengan segala anugerahnya. Malah aku tidak pernah terfikir nak menjadi diri orang lain. Aku selalu menjadi diri aku. Buruk atau baik, aku tetap menjadi diri aku. Disamping segala kebaikkan yang dipuji, aku masih ada sifat buruk. Yelah nama pun manusia. Bagaimana sempurna pun yang diinginkan, tidak mungkin akan tercapai.

Dan demi ketidaksempurnaan aku itu, aku hanya ingin berskandal sahaja buat masa ini. Bukan nak mengambil atas ketidaksempurnaan itu tapi itu yang terbaik buat masa ini. Tapi ada ke orang yang nak berskandal dengan aku? Ada ke?

Secara teorinya ada. Pernah ada yang menawarkan dirinya tapi pada ketika itu sahaja. Sebab aku selalu rasa terpinggir/dilupakan. Tidak mengapalah. Mungkin dia hanya bersimpati dengan aku. Jadinya masa aku bercerita dengan dia, dia sekadar menjawap untuk mengambil hati. Sedangkan aku tak perlukan itu semua. Aku sekadar bercerita dengan dia. Dan bukannya meminta dia berskandal dengan aku. Jadinya tidak wujud hal ingin mengambil hati.

Dan Jumaat lepas masa aku bersembang dengan sesorang diBBM, keluar satu ayat, “tak nak kaco perkembangan kapel u dan big N”. Dan aku hanya ketawa. Sebabnya aku tak fikir pun aku bercouple dengan dia. Dan aku pun tahu dia pun tak akan fikir begitu. Bukankah itu hanya sekadar drama mengisi masa lapang. Walaupun kadang-kadang aku takut juga kalau ada yang akan salah anggap pada aku. Bukan bagi pihak aku tapi bagi pihak dia. Aku tak nak aku akan menjadi penyebab masalah dalam hidup dia. Hidup aku tidak siapa yang akan peduli pun. Hmmm~

Jam sudah 1.20 pagi. Aku patut tidur sekarang ni sebabnya esok kerja tapi mata macam tak nak pejam je. Tak ada siapa dah nak paksa aku tidur awal sekarang ni. Tak ada juga kata-kata manis sebelum tidur. Kenangan!

Aku sebenarnya serabut. Sebab itu entry aku pun huru-hara jadinya. Aku sekadar taip apa yang aku fikir. Sedangkan sebenarnya aku nak taip pasal lain tapi aku tak boleh nak tumpukan pada kisah tu. Mungkin dilain hari. Biarlah kisah itu kekal sebagai draft buat masa ini.







That girl.

Darling LD
Complicated is my middle name

Loves <33