<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7266948855823103434?origin\x3dhttp://coretandarlin.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Wednesday, April 27, 2011 Y 3:59 PM


Kesinambungan dari entry sebelumnya.

BerBBM dengan papa bear selepas makan tengahari tadi buat aku rasa bersalah sangat. Hampir-hampir menitik rasanya airmata aku. Bukan salah dia. Salah aku.

Kejujuran ketika memblog membuatkan papa bear terasa dengan kata-kata aku. Aku tahu aku salah. Tapi aku cuma melahirkan apa yang aku rasa. Terasa akan kehilangan dia. Ohh bukan bermaksud aku jatuh hati dengan dia. Tidak! Kehadiran dia sebagai teman/abang telah cukup menceriakan hidup aku. Cukuplah aku anggap dia sebagai kawan baik @ abang walaupun rasanya kami sebaya. Ye ke? *aku berhenti kira umur masa 21 tahun*

Ada orang yang terlalu bernilai untuk jatuh hati. Sebabnya kalau kita jatuh hati, kelak akan ditinggalkan sangat besar kemungkinannya. Dan bukankah rugi jika terjadi? Tapi jika sebagai kawan baik atau abang, kekal walaupun pasti ada bertikam lidah sekali sekala.

Aku tahu papa bear sibuk. Tapi kadang-kadang tu fikiran dan hati selalunya tidak mahu beriringan. Jadi ianya akan bercanggah. Dan akhirnya membuatkan timbul satu rasa yang tidak patut.

Kadang-kadang aku rasa aku ni macam jadi satu masalah pula pada orang lain. Sebab aku, orang lain terasa. Sebab aku, orang lain serba-salah. Sebab aku, orang lain bengang.

Aku suka luahkan pada orang tu apa yang aku rasa. Sebabnya penat bila simpan untuk diri sendiri je. Tapi bila terlalu berterus terang, tanpa sedar kita telah menyakiti hati orang lain.

Papa bear dan BroS lain kisahnya. BroS bukan tiada masa. Bukan sebab lambat balik dari tugasan. Tidak! Sebab dia balik seperti biasa, habiskan masa dengan keluarga seperti biasa. Tapi ada sesuatu yang terjadi. Semalam, katanya dia akan beritahu aku tapi masa tidak sesuai. Dan hari ini tiada sepatah kata dari dia. Malah message aku pun tidak berbalas. Dan lagi menyedihkan aku boleh nampak dia online.

Abaikan dulu BroS. Walaupun aku tidak suka diperlakukan begini. (tak pasti dia baca ke tidak blog aku walau pernah satu ketika dia membacanya)

Kini aku rasa aku sangat bersalah dengan papa bear. Terasa macam jahat sangat pula aku ni. *sigh*

Papa bear, jangan terasa hati lagi ok. I know you are busy. But ur beruang kutub ni kan ke mengada-ngada terlebih kekadang tu. So sorry. My bad. *big hugs*


ps: merah mata aku menahan airmata dari gugur. gila apa nak nagis kat opis. dan sejak bila jadi penyedih sangat ni?





That girl.

Darling LD
Complicated is my middle name

Loves <33