<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7266948855823103434?origin\x3dhttp://coretandarlin.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Thursday, April 21, 2011 Y 5:16 PM



Let us be grateful to people who make us happy; they are the charming gardeners who make our souls blossom. ~ quote

Aku bersyukur di dalam aku keseorangan tanpa kekasih dan suami di sisi, aku masih ada keluarga dan kawan-kawan yang menyayangi aku. Hidup aku masih indah dengan kehadiran mereka.

Aku memang senang mesra dengan orang kalau kena dengan gayanya. Walaupun selalunya orang akan kata aku sombong. Aku tak tahu kenapa orang cakap aku macam tu. Tapi bab sombong ni dah macam lali dipendengaranku. Bukan baru-baru ni tapi lama dulu dah. Bila dah lama kenal, baru dorang tahu betapa gila dan sukar diramal aku ni. Ye ke?

Dan rasanya kegilaan aku dan kesukaran meramal aku, akan disokong oleh kedua-dua darlings aku, Liz & Lynn. My beloved double L. ohh kalau dicampur aku, tripple L. haaa ingat movie je ada triple X. Kami pun ada ok. Hehehehe *sila jangan jeles*

Tidak perlulah aku ceritakan dari awal perkenalan kami. Sebabnya ketika awal, maksud aku dizaman persekolahan, kami tidak serapat seperti sekarang ni. Oh ya, Lynn merupakan junior kami. *sebenarnya aku dah banyak lupa pasal zaman persekolahan ni*

Listening is a magnetic and strange thing, a creative force. The friends who listen to us are the ones we move toward. When we are listened to, it creates us, makes us unfold and expand. ~ quote

The most basic and powerful way to connect to another person is to listen. Just listen. Perhaps the most important thing we ever give each other is our attention.. A loving silence often has far more power to heal and to connect than the most well-intentioned words. ~ quote

Ketika bersama dengan dorang, aku tidak pernah gusar untuk bercerita apa sahaja. Samada kisah sedih, gembira, jahat dan sebagainya. Dan malah, selalunya kami akan jadikan cerita tu menghiburkan sesama kami.

Aku sangat bersyukur sebab bertemu dan mendapat dua orang sahabat yang sangat memahami aku. Walaupun aku memang sukar difahami tapi ketika aku perlukan mereka, mereka sentiasa ada bersama-sama dengan aku.

Ketika aku sedang sedih atau memerlukan orang untuk berbual, kedua merekalah akan aku cari. Tidak perlu berjumpa sebenarnya. Cukup sekadar berBBM. Malah kadang2 kalau aku dengan kembo (Liz) dan macam bercinta diibaratkannya. Nasib le aku masih normal. Walaupun pedih ditinggalkan lelaki, tapi naluri aku tetap pada lelaki. Titik!


Friendship Quotes from dolliecrave.com


Sebenarnya aku kekadang tu segan dengan mereka berdua. Keduanya berjaya dalam bisnes masing-masing. Sedangkan aku masih gigih merangkak. Memulihkan kembali hidup aku yang huru-hara. Dan pernah aku terfikir adakah aku ini dianggap seperti mengambil kesempatan. Oh tidak! Aku ikhlas berkawan dengan mereka.


Friendship Quotes from dolliecrave.com


Konsert, teater, makan-makan, karaoke dan segala macam aktiviti yang kami lakukan bersama bila ada kesempatan. Maklumlah kadang-kadang tu sorang free, sorang lagi tak free. Dan selalunya aku je yang banyak masa kecuali kalau hujung minggu tu aku balik ke rumah mum. Ataupun ketika kesihatan kurang memuaskan, kira tak freelah. Aku jenis yang senang kena penyakit sebabnya separuh dari antibody aku dah imun.

Bab cinta, rumahtangga, skandal pun kami kongsi bersama. Tapi kalau rumahtangga tu tak adalah pulak bab katil2 tu nak cerita jugak kan. *korang dah fikir kelain le tuh kan*

Bagi aku, Liz tu agak baik bab skandal2 ni. Bukan nak kata Lynn tu jahat. Tapi Liz jenis yang sangat-sangat setia walaupun kekasih hatinya, hanya tuhan sahaja yang tahu. *sorry kembo. Tapi ko pun tau apa aku pernah cakap pasal bf kesayangan ko tu kan ?*

Dan walaupun ada ketika Liz tidak setuju dengan kenakalan aku tapi dia tetap menyokong. Apa gunanya kawan bukan? hehehehe. Lynn lebih terbuka bab skandal-skandal ni. Bukan maksud aku Liz tu tidak terbuka tapi dia lebih risau aku terluka, mungkin. Yang sebenarnya aku pun tidak pernah tahu apa sebabnya. Namun kadang-kadang dia tetap mengalakkan juga. hehehehe.

Tapi kami (aku, Lynn & Liz) masing-masing mempunyai karektor yang tersendiri. Tidak terikut atau terikat dengan persahabatan kami. Yelah kalau semua nak sama dah macam kembo le plaks. Tak pun nanti orang kata klon. Tidak!

Dan aku juga akan sedaya upaya meluangkan masa untuk mereka jika mereka memerlukan aku. Cuma kadang-kadang keadaan tak mengizinkan. Sorry ye darls, ada waktu I’m not free or not in the mood etc etc. Tapi aku yakin mereka sangat paham.

Sebenarnya aku dah terbiarkan draft ni berhari-hari. Dan akhirnya aku taip semula yang lain. Tiada perkataan yang sesuai yang aku boleh gambarkan tentang persahabatan kami. Terlalu indah. Dan aku patut berterima kasih pada mereka. Sebab mereka, aku ada kawan baik, perempuan. Sedangkan selama ni kawan baik aku, lelaki.


Friendship Quotes from dolliecrave.com


ps: entry ni memang khas untuk my 2 darls. yang lelain jangan kecil hati. nanti aku buat entry yang lain pulak. both of them memang istemewa di dalam hidup aku. i heart them.








That girl.

Darling LD
Complicated is my middle name

Loves <33