<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7266948855823103434?origin\x3dhttp://coretandarlin.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Sunday, April 24, 2011 Y 9:11 AM


sabtu semalam subuh-subuh lagi mood aku jadi tak ok. sebabnya seawal jam 4.47 pagi aku terima sms dari orang yang aku dah padamkan dari hidup aku. cuma tak boleh nak padam dalam sejarah. yelah sejarah @ kenangan akan selamanya ada dalam hidup sesorang itu.

dan disebabkan itu aku jadi malas nak tengok BB. dan kalau boleh aku nak tidur sepanjang hari supaya aku tak ingat sms tersebut. bukan sekadar sms malah siap call tapi aku tak angkat dan akhirnya aku masukkan ke dalam blocked call. kejam ke bunyinya? tapi apa yang jadi sebelumnya lagi kejam. mengelak aku mengeluarkan ayat tak sepatutnya baiklah aku berdiam diri.




disebabkan tidak ada plan untuk keluar hari semalam maka aku kununnya nak berhibernasi. lama tak berhibernasi diwaktu siang. kalau tidak, itu antara aktiviti kegemaran aku. hehehehe :) tapi baru je kejap melelapkan mata, hujan turun dengan lebat. dan aku, terpaksa bangun mengangkat baju-baju yang aku sangkut dibalkoni. kang tak pasal-pasal aku kena basuh semula.

sambil tengok TV, aku mengadap BB. yelah apa lagi nak buat, kan? nak tidur, mata aku dah tak nak pejam dah. baca timeline tapi macam tidak ada mood nak berfoya-foya. yelah kan mood tak berapa ok. lagipun otak aku teringatkan sesorang. kemudian terbaca budiey membuat tawaran siapa yang ingin menonton Konsert Untukmu Loloq di Istana Budaya. aku dengan segera jawap nak. tapi nampaknya ada orang lain yang terlebih dahulu menjawap dari aku. dan aku seperti terasa tidak ada harapan nak mendapatkan tiket tersebut. tapi sambil-sambil tu masih juga mengharap. *bengong*

dan mungkin juga rezeki aku. maka aku berjaya mendapatkan tiket tersebut. ketika budiey bertanyakan aku samaada boleh ke Istana Budaya malam ni, aku dengan segera menjawap, ya! *kes gelojoh* Dan budiey telah menDM aku segala info siapakah yang patut aku jumpa untuk mengambil tiket tersebut.

selepas tu aku sibuk mengbuzz darls aku. siap telefon Lynn tapi nampaknya tidak ada jawapan. dan bila tengok timeline, kembo ada mention mengatakan mood dia tengah tak ok. tapi dia tak boleh nak kemana-mana sebab kereta pakciknya guna. dan aku pun dengan segera mengajak dia ikut aku sama. excited!! aku kata jumpa je nanti di sana sebab aku kena gerak awal ke sana sebab orang tu suruh aku ambil tiket jam 7.30 malam.


disebabkan agak lambat maka aku pun merempit ke IB. aktiviti kegemaran aku. hehehehe. sampai di sana telefon encik Amir tapi tidak berjawap. dengan muka tak malu aku tanya petugas kat situ. kejap kena ke kaunter tiket, kejap kena ke belakang. tapi best jugak lepak kat belakang tu sebab ramai artis-artis ada sama. malah Dean Wahab siap tanya aku dah dapat belum tiket tersebut.



bila dah selesai urusan tiket, baru terasa perut lapar. masa nak ke cafe, kembo sampai. jadinya makan bersama dengan kembo. beli hotdog je sebabnya tak nak makan makanan yang berat. kang tak selesa laks nak melayan konsert.

disebabkan tiket percuma jadinya duduk dibahagian yang atas sekali. gayat rasanya nak turun tu tapi gagah juga. tak ramai orang. tapi aku tak terkejut pun sebabnya masa aku tengok ditiket2u memang tiketnya masih banyak. mungkin juga kurang promosi.

memang tak rugi pergi tengok. artis-artis yang menjayakan konsert tersebut sangat best. masa dengar Ella menyanyi aku rasa seperti dengar dari CD je. *bukan propa ok* Masa papa rock, Ramli Sarip keluar, penonton bersorak. *masa artis lain pun bersorak gaks sebenonya* cuma aku rasa janggal sebab orang yang menonton konsert tu macam tengok teater je. kaku. aku siap berdiri layan lagu rock. kebetulan kerusi dibelakang aku memang tidak ada orang. jadi tanpa rasa bersalah dan segan, diri goyangkan badan. malah kebanyakkan lagu tu memang aku turut sama menyanyikannya.

M.Nasir, Spider, Terrarossa juga sangat best. rasa macam tak puas je. walaupun konsert tersebut lebih kurang 2 jam lamanya.






That girl.

Darling LD
Complicated is my middle name

Loves <33