<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7266948855823103434?origin\x3dhttp://coretandarlin.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Tuesday, April 5, 2011 Y 12:54 PM


semalam aku berkesempatan menonton Teater Muzikal Lat The Kampung Boy. Patutnya aku pergi dengan Lynn tapi disaat akhir dia kena out-station maka aku pergi sesorang je. Tak mendatangkan masalah pada aku sebabnya kalau tengok wayang pun aku boleh je pergi sesorang.

Bukan aku tak cuba ajak orang lain tapi kebanyakkannya sibuk. Jadinya aku pergi je le sorang *sebenonya patut abang aku ikut tapi dia tak datang - menahan diri dari nak marah*


Gambar ni aku ambil dari tingkat atas sementara menunggu. Disebabkan aku sesorang jadinya tidak ada rasa nak ambil pelbagai gambar di bawah. Sedangkan banyak lagi gambar yang ada. *kes mood tak ok*

Dah le aku sepatutnya berehat di rumah sahaja - atas nasihat doktor. Tapi tiket Lat ni sudah dibeli. Kalau tak pergi rugi le plak nanti kan? Jadinya gagahkan diri untuk memandu ke IB. Alhamdullilah jalan tidak TERlalu sesak. Tak sampai setengah jam aku sudah sampai di IB :)


Memang tak rugi datang menyaksikan teater muzikal Lat ni. Sungguh menghiburkan. Malah rugi siapa yang tidak pergi. Mulanya aku tidak TERfikir nak pergi tengok pun. Yang awal mencadangkan pada aku, errr mengusulkan pada aku ialah my-baby. Cuma cadangannya itu agak berat nak diterima sebabnya akan pergi bersama dengan Mrs.my-baby. *kerja gila*

Selepas tu banyak lak review yang aku baca yang mengatakan sangat best teater muzikal ni. Malah hampir setiap hari penuh! Dasyat sungguh.

Kemudian Lynn pula yang bagi ide ni. Aku ok je le. Mulanya kami patut tengok pada 1 April 2011 tapi disebabkan ada silap komunikasi maka tarikh ditunda ke 4 April 2011. Dan malangnya Lynn tetap tidak dapat menyaksikannya. *pity u girl*


Kelakar! Itu yang boleh aku katakan. Malah makcik yang duduk sebelah aku ketawa TERbahak-bahak. Awie dalam teater ni pun nampak comel je. Dengan gaya bersahaja dia berjaya membawa watak Lat dengan baik. *bagi pendapat aku le*

Malah Cikgu Hei dengan sanggul tingginya tu pun comel. "Do what we love, Love what we do"

Oh ya, Datuk Lat pun ada semalam. Tapi aku tak tunggu pun untuk bergambar dan autograph dengan dia. Sebabnya aku dah kelaparan tahap cipan. Habis je segera keluar dan ke kereta dan pecut mencari makanan. dah le kedai char kee tiaw kat IB tu tutup semalam. ampes.com betul.

Aku sangat puas hati dengan teater ni. Ohh aku rasa aku dah makin gila dengan teater kebelakangan ni. Tak tahu nak kata happy ke tak dengan perubahan ke arah teater ni :)






That girl.

Darling LD
Complicated is my middle name

Loves <33