<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7266948855823103434?origin\x3dhttp://coretandarlin.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Thursday, May 5, 2011 Y 4:58 PM


-sambungan dari entry sebelumnya-


Habis sahaja persidangan selama seminggu, masuk je ke pejabat semula, bluhipo dah sibuk kol aku. Katanya nak jumpa tapi dia akan tentukan dimana dan bila. Sudah pasti aku tidak akan bersetuju. Aku mangsa dan kenapa perlu aku ikut segala kata-katanya?

Malah aku terus mendiamkan daripada group dan juga #. Ada juga yang berym,sms dan kol bertanyakan khabar tapi aku masih tidak berubah pendirian. Ketika itu boleh dikatakan semua seperti memihak pada bluhipo dan adik angkatnya. Dan aku, tetap meneruskan hidup aku. Bagi aku satu hari kebenaran akan terbongkar juga.

Hampir berbulan lamanya perang dingin antara aku dan bluhipo. Sekali sekala dia sms aku dengan sindiran sinis tapi aku tidak pernah membalasnya. Tiba-tiba satu hari dia sibuk kol aku di pejabat dan juga hp. Dan aku tapis semua panggilan aku. Hati aku sakit. Untuk bercakap dengan dia bukanlah sesuatu yang mengembirakan aku. Malah ketika aku bercuti ke Pangkor, aku off hp aku. Dan tiap kali on, pasti akan ada sms dari dia. Rimas laks aku rasa.

Aku memang keraskan hati, sampailah dia datang ke pejabat. Aku ingatkan ada supplier nak jumpa jadi dengan lenggang kangkung pergi ke reception, sekali tengok-tengok dia. Kalau ikutkan hati serta-merta nak balik semula ke tempat. Tapi kang pelik laks receptionist tu kan?

I nak minta maaf. Dan aku jawap, eh hari raya ke nak minta maaf. Berubah muka dia. Jahat ke aku? Oh sebenarnya dia lagi kejam melayan aku. Bukanlah maksud kejam sampai pukul-pukul.

Disebabkan di pejabat dan dia pun tak nak ganggu aku lama sangat, katanya dia akan terangkan bila jumpa aku ditempat lain. Dia kata dia dah sedar sekarang ni siapa yang salah siapa yang benar. Ye Tuhan tu maha adil.

Selepas tu kami berbaik semula. Walaupun sms tidak sekerap dulu, ym juga tidak kerap tapi setiap hari masih berhubung. Malah kalau ada benda berkaitan kerja yang aku perlukan pertolongan dia, dia masih tolong. Vice versa. (sebenarnya selepas berbulan baru aku ok dengan dia)

Dan sehingga kini kami masih baik walaupun BBM tidaklah setiap hari. Sekarang tidak perlu sms sebab masing-masing pakai BB. Masing-masing ada di dalam FB tapi tidak komen antara satu sama lain. Kelakar? Entahlah. Dia juga ada twitter tapi tersangatlah tidak aktif. Rasanya kalau ular bertelur, dah siap menetas pun. Silap-silap anak ular tu pun sempat bertelur dan menetas.

Malah sekarang ni jumpa pun dah jarang. Sejak-sejak dia naik pangkat, bebanan kerja bertambah. Kalau dulu boleh dikatakan tiap-tiap minggu jumpa, ni sebulan sekali pun dah susah. Ye ye mesti ada yang akan kata, tak bercinta tapi tetiap minggu jumpa. Entah aku pun tak tahu nak kata apa. Yang pasti memang tak bercinta. Kami di antara kawan dan kekasih. Apakah?





That girl.

Darling LD
Complicated is my middle name

Loves <33