<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7266948855823103434?origin\x3dhttp://coretandarlin.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Monday, May 23, 2011 Y 12:28 PM




Kadang-kadang aku rasa lawak dengan diri sendiri. Dan kadang-kadang rasa keliru. Macam huru-hara laks kehidupan aku ni kan? Tapi bukankah complicated itu nama tengah aku.

Sejak kebelakangan ni aku rasa macam aku tak kenal siapa diri aku dah. Sebabnya bila aku jadi diri aku sendiri, ada yang tak suka. Memang selama ni aku tak kisah pun orang suka ke tak. Sebab bagi aku perlu ke aku nak puaskan hati semua orang? Sedangkan diri sendiri tak suka dan tak gembira dengan apa yang dilakukan.

Begitu juga bila bab nak jumpa orang, aku akan ikut mood. Kalau aku rasa aku nak jumpa, aku akan pergi. Kalau tidak, aku akan cakap awal-awal yang aku tak nak. Yelah buat apa nak janji-janji tapi lepas tu mungkiri. Sedangkan dari awal dah tahu memang tak nak pergi. Lainlah kalau awal tu memang niat nak pergi tapi kemudian ada aral. Tapi kalau sedari awal memang dah tak nak, baik cakap je tak nak. Habis cerita.

Dan sekarang ni aku rasa aku tak nak buat apapun. Dengan kesihatan yang tidak ok, membuatkan mood aku juga tidak ok. Semua jadi serba tak kena. Nasib masih rajin nak ke pejabat. *kerja antara sebab aku melupakan segala masalah yang lain. Cuma sekarang ni kerja pun terasa bosan* double sigh.

Selalunya bila macam ni yang akan jadi mangsa ialah Papa Bear. Bukan mangsa apa pun. Mangsa kena mendengar keluh kesah aku. Dan yang peliknya bila bersembang dengan Papa Bear, mood menulis aku akan tetiba membuak-buak. Macam lahar gunung berapi. *over*

Jadinya aku mengadu yang aku tidak ada mood untuk menulis. Rasa macam tak boleh nak fokus langsung. *uiceh macam le menulis tu pekerjaan aku pun* Dan Papa Bear cuba mengupas kenapa aku jadi begitu. *how sweet*

Bagaimana sunyinya aku rasa. Bagaimana aku rasa tertekan bila aku terima jemputan kahwin dari kawan-kawan aku dan segala macam benda lagi. Kesunyian yang aku rasa macam sudah tidak dapat dikawal lagi. Walaupun selama ni aku cuba sedaya-upaya tunjukkan yang aku boleh menghadapi segala benda.

Bukan bermaksud aku terdesak ingin berkahwin. Oh tidak! Rasanya aku sendiri takut nak berkahwin. Cuma aku perlukan teman. Teman yang mengisi masa aku atau tidak keterlaluan aku katakan teman yang mengisi kebanyakkan masa aku.

Papa Bear kata aku ada teman-teman yang boleh bersembang-sama. Malah aku ada dia yang boleh melayan sembang-mengarut aku. Tapi aku selalu ada rasa kasihan untuk menggangu dia terlalu kerap. *sigh*

Married life is isn't always peachy babe. Kata-kata Papa Bear padaku. Yea aku sedar perkahwinan itu bukanlah kebahagian hakiki. tapi bukankah perkahwinan itu salah satu dari punca bahagia? Ye aku baca kisah Najat. Aku tahu betapa siksa kehidupan perkahwinannya. Tapi bukan semua perkahwinan begitu kan?

Malah aku tak fikir perkahwinan Papa Bear sengsara pun. Kenapa tidak memberikan contoh perkahwinan yang bahagia? Kenapa mesti penuhkan fikiran aku dengan sesuatu yang tidak membahagiakan? Dan bagaimana kalau aku langsung tidak ada keinginan untuk berkahwin kelak?

Yea aku paham dia buat begitu sebab tak nak aku terusan bersedih dengan kesunyian yang aku alami. Supaya aku tidak terlalu tertekan dengan keadaan diri aku sebegini. Aku paham.

Dan petang itu selepas aku bersembang dengan dia, aku menagis sepanjang perjalanan pulang kerumah. Malah terusan bersambung hingga aku tertidur. Bengkak-bengkak muka aku keesokkan paginya. Ada satu rasa pilu menghiris hatiku. Rasa yang tidak mudah untuk aku rungkaikan.


ps: sudah agak lama blog aku bersawang. masa aku ada mood nak mengupdate, blogger laks down.






That girl.

Darling LD
Complicated is my middle name

Loves <33