<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7266948855823103434?origin\x3dhttp://coretandarlin.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Tuesday, May 3, 2011 Y 5:47 PM



Konsert Opera Hidup Wings ni sangat-sangat aku nantikan. itupun selepas aku rasa kecewa dengan Konsert Double Trouble di Sunway Lagoon. Bukannya disebabkan dorang tidak perform dengan bagus tapi disebabkan sound system yang sangat-sangat mengecewakan.



Tiket ni aku dah beli sebulan lebih awal. Dan ini merupakan cenderahati terakhir dari my-baby. Dia dari awal memang sudah mengatakan yang tidak akan turut sama. Malah sebenarnya dia suruh aku beli tiket yang paling mahal, RM450. Tapi rasanya macam membazir. Lagipun tiket aku beli tu betul2 dibelakang seat yang berharga RM450. Jadinya tidak ada beza.

Sebenarnya banyak dugaan aku nak ke konsert ni. Kebetulan tarikh yang aku pilih jatuh pada hari Jumaat. Dan pada hari itu juga aku dilonggokkan kerja yang banyak. ohh sungguh mencabar minda dan tenaga aku.

Jam 5 petang aku masih di Bangsar. Ye, memang Bangsar dan Istana Budaya itu tidak jauh tapi masalahnya aku kena kembali ke Kajang sebabnya ada rakan sekerja yang ikut sama. Ikutkan hati nak je aku suruh dia naik komuter balik Kajang. Tapi tak sampai hati laks.

Hampir jam 5.30 petang baru nak gerak balik. Dan Kuala Lumpur dihari Jumaat adalah sangat-sangat sesak. Kebetulan pula Isnin merupakan cuti umum. Lagilah menambahkan kesesakan. Nasib juga aku pernah kerja di Kuala Lumpur, 10 tahun lamanya. Jadi aku cilok-cilok masuk ke jalan yang aku rasa kurang kadar jemnya.

Dan nasib baik juga aku dah bawak baju siap-siap. Kalau tidak, aku akan ke konsert dengan berbaju kurung. Sungguh sopan santun bunyi, kan?

Jam dah 7.45 malam masa aku bergerak dari Kajang. Dengan rasa cuak dan kepala ligat memikirkan mana jalan yang patut dilalu. Kalau aku nak lalu MRR2, rasanya dah pasti aku tidak sempat sampai 8.30 malam. MRR2 tu kalau dah mula jem, siput sedut pun laju lagi. *grrrrrr*

Rasanya tidaklah laju sangat aku memandu tapi jam 8 malam aku dah ada di depan Bank Negara. Kereta banyak dan merempit adalah bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Sampai depan Bank Negara, kereta bergerak ala siput sedut. Dalam hati aku berdoa agar mencilok masuk ke Chowkit tidak akan jem sangat.

Dan alhamdulillah kira-kira jam 8.20 malam aku sampai di Istana Budaya. Kedua darling aku sudah sampai. Malah Liz sampai seawal jam 8 malam. Pergh awal laks ko kali ni ye beb. Kes semangat nak tengok Wings :)


Kami memilih duduk di area Grand Circle sebabnya selalu kami akan memilih stall. Saja nak merasa apa feel duduk kat area situ laks. Seat kami memang terus menerus mengadap stage.

Kedudukan memang dah sesuai dan selesa. Tapi barisan depan tu teramatlah poyo gayanya. Masa nak nyanyi lagu Negaraku pun malas je nak bangun. Hey hello, its negaraku ok. Lagipun bukan tetiap hari ko nyanyi lagu Negaraku. Agaknya kalau tak pergi ke Istana Budaya memang tak nyanyi le gamaknya. eRrr tu aku le tuh :)

Dan sepanjang konsert tu, dorang sibuk dengan BB memasing. Alehai bang, kak, adik, setakat BB tu tak heran dah ok. Malah aku pakai BB masa orang lain tak ramai pakai pun lagi. Kedua darling aku pun penat aku racun baru pakai. Sekarang masing-masing dah jatuh cinta dengan BB memasing.

Walaupun beberapa kali kena laser dengan petugas IB, mereka macam tidak ada kesedaran langsung. Bagi aku, kalau ko nak berlagak ala kekwat tapi peraturan semudah tu pun tak boleh ikut, ditambah dengan ko siap minum air mineral di dalam tu, aku memang tak respek. Macam nilai ko tu rendah sangat walaupun ko duduk kat seat mahal. Ntah-ntah tiket pun sponsor. *ayat jahat*

Dan lagi menyakitkan hati dorang ni macam tidak ada feel langsung. Takkan le tak tahu satu pun lagu Wings? Lagipun secara teorinya kalau dengan muzik je pun kita akan mula goyangkan badan. Pulak-pulak muzik yang sangat sedap.

Sedangkan aku sampai pening kepala sebab head-bang. Ye, walaupun kena sopan di Istana Budaya tapi aku tetap layan. Malah hampir kesemua lagu aku nyanyi bersama. Mesti minah yang duduk sebelah aku tu jengkel je. Dia pun tengok konsert sambil berpeluk tubuh. ohhh Tuhan!

Dua gambar di atas ni aku cilok dari http://1in1m.proboards.com :)


Malam yang aku tengok tidak ada superfriends tapi ada anggota-anggota yang pernah bersama Wings satu ketika dulu. Dan persembahan diringi orkestra memang terbaik. Malah susunan baru lagu tu sampaikan terfikir, lagu apakah ini?

Solo dari Joe, solo black dan juga duet black & jojet sangat-sangat best. Kiranya keseluruhannya sangat menarik. Kalau boleh aku tak nak balik. Biar Wings perform sampai subuh. *melampaulah kan*

Dan sekurangnya terubat kekecewaan konsert Double Trouble dulu.

Hidup Wings!!








That girl.

Darling LD
Complicated is my middle name

Loves <33